Wednesday 21 January 2015

Cuti Bajet ke Jepun

Assalamualaikum.


Hi korang, today nak update pasal Japan budget trip sebab yeah, I just got back from Japan. Ini ialah post mengenai trip backpack saya ke Jepun, dan sudah tentu semuanya di plan untuk menjadi murah. Sy pergi dengan my girl friends, so kitorang bertiga. Haha. 7 days trip to Japan (Tokyo-Kyoto-Osaka) is RM 1900++ including flight tickets

Tapi tak termasuk makan and souvenir ye, sebab haritu mostly kitorang bawak beras and perencah nasi goreng semua tu dan masak. Okay, remember, this is a BUDGET TRIP okay and I am only sharing with you of my experience. Sorry kalau ade terlebih dan sorry kalau ade terkurang..

So basically, this is my itinerary, dekat itinerary tu pon ade budgeting. kalau nak guna itinerary aku sebagai rujukan, boleh dipersilakan . Semoga dapat membantu korang yang nak backpack or travel murah. Yang penting sampai negara tu, x kisah la murah ke mahal ke ye dak? 






* Expanses kat itinerary kitorang tu mostly are the same, cuma some ade prubahan. Macam contoh harga hotel, boleh rujuk dekat post aku yg bawah ni. Roughly budget dia cenggitu lah.

ACCOMMODATION :

This is the list of accommodations  while we were there :

Tokyo 



Rumah Pelajar Malaysia
Rate :
2000 yen/night - Malaysian that is not studying in Japan
1000 yen/night -Malaysian student studying in Japan

Bilik dia okla, macam rumah orang jepun la kan cuma di Melayu kan. Haha. Kat sini, korang bebas nak masak ape2, sebab semua tersedia. (Dia punya manager and some malay guys stay there, so dorang rajin la masak2.) Cuma nak ingatkan, japanese house bilik dia kan mostly pintu dia mcm sliding door kertas tu kan. So jangan nak expect bilik korang boleh kunci la. Haha. But in sha Allah it is very safe.


Dapur dia. Boleh masak apa2 je. Pinggan mangkuk kuali periuk semua tersedia.


Lepas dah masak, boleh lepak sini makan sambil tengok TV. WARNING : Semua channel dia dalam bahasa Jepun!


Toilet dan bilik mandi


Bilik tidoq


Review : Bilik dia, toilet dia semua ok. Dapur dia sebenarnya okay je. Cuma faham2 lah, kan ada budak bujang stay situ. So pinggan mangkuk tak berbasuh nauzubillah! Haha. Kitorang pon xdonyo nak tolong basuhkan. Tak kuase! (Takut kena air paip dia yg sejuk je sebenarnya)

Cara nak apply: boleh pergi ke facebook diorang, search je nama tu and message je dia guna fb messanger. Senangkan? haha. Bayar masa dah sampai kat rumah tu


* Cuma haritu abg tu berbaik hati nak bagi kitorang 1000 yen per malam, so memang Alhamdulillah dapat jimat duit kitorang.


Kyoto 


Kyoto Hostel Kanouya
Rate :
2000 yen/night private room


Hostel ni best sebab kat sini kitorang jumpa akak-akak Melayu yg backpackers macam kitorang gak. Kami dapat bilik private, untuk 3 orang. Best gila hostel ni. Ni cam kira Ryokan jugak lah. Paling best sebab tilam dia ade heater! So bila baring tu panasss je. Yela, dahla masa kat Kyoto snowing lebat gila. Memang nak berselubung jela dalam selimut haha






WARNING : Owner dia sangat, sangat, sangat pentingkan KEBERSIHAN. 

Review : The best hostel so far. Dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari negara lain yg stay situ! Haritu kitorg berpeluang berkenalan dgn org Korea, org Russia tah sape sape tah lagi. Best laa.. Pastu, owner dia ni cm psycho kot dengan rambut panjang mengerbang cmtu. Tapi sangat baik dan as I said, sangat pentingkan kebersihan! So memang tak hairan EVERYWHERE akan ade notis dan amaran. Tapi dapat breakfast roti and tea free.

Cara nak apply: Hari tu aku book guna Hostelbookers.com je. Bayar deposit online, pastu bayar selebihnya masa dekat hostel tu nanti.


Osaka 
                                     Diamond Hotel
Rate :
900 yen/night 


*Tarik nafas, lepas* Pheww. This is probably the cheapest, and definitely the least preferable choice of mine. Sebab hotel ni dah lama, so tiles dia banyak dah tercabut2, and environment dia macam gloomy je. Tapi heyy for 900 yen per night, tak boleh nak demanding sangat lahh.



Image result for DIAMOND HOTEL OSAKA JAPAN

Hotel lobby dia. Ada satu je lift, and sangat sempit. Muat dalam 3 orang je kot with large luggage HAHA.


Image result for DIAMOND HOTEL OSAKA JAPAN

Bilik dia. Muat - muat untuk SEORANG jee. Kitorang dapat bilik camni semua sebelah-sebelah so senang.

Review : Oleh kerana harga yang murah, tak boleh lah nak expect ade heater, TV, kipas or whatever. Diingatkan ye, aku pergi musim WINTER. Macam nak mati je rasa sejuk dia ke tulang. So kitorang decide amik comforter dia, and kitorang bertiga tidur sebilik. Dan memang sangat sempit, kena tidur mengiring, and kalau nak gerak2 memang tak dapat lah. HAHAHA tapi at  least warm enough la. Kira ko bayangkan stor bawah tangga rumah korang kan, sempit kan? So size dia macam tu la lebih kurang. 

Cara nak apply : 

Boleh klik link di bawah 




TRANSPORTATION :

Settle pasal tempat tidur, kite cerita pulak pasal pengangkutan.

Tokyo 
Di airport

First, masa kau kat Haneda airport tu, make sure beli Tokyo Metro One-day Open Ticket dekat Tourist Information Centre dia. Apa keistimewaan dia? Nak jimat kan? So, dengan ade pass ni, ko boleh ronda satu banda Tokyo tu dengan harga 600 yen je! Naik turun la subway tu sampai nak termuntah. Boleh rujuk itinerary aku bila masa aku guna pass ni. Nak beli ni kena tunjuk passport ye sebab dia khas untuk tourist. Dan aku memang suggest dan galakkan ko beli masa kat airport jugak, sebab ko memang akan susah nak cari pass ni dah kat bandar Tokyo. Jadi sebelum menyesal baik beli siap2. Okay?!


Second, beli PASMO / SUICA. Dia ni macam Touch and Go la kat Malaysia. Tapi kat sana, nak beli tu korang kena topup la untuk penggunaan kali pertama, contoh haritu aku topup 3000 yen (sebab aku dah kira siap2 berapa tiket train sepanjang aku kat Tokyo). Jadi 3000 yen yg dh topup tu, 500 yen daripadanya ialah deposit untuk pegang kad tu. So bila korang nak balik Malaysia or in my case, aku nak pergi Kyoto pulak kan, aku pulangkan kad tu kat counter dia, and dia refund la balik duit kita. So dapat balik 500 yen tu.

Tak kisahlah nak PASMO ke nak kad SUICA ke, dorang company yang berbeza, tapi kad tu boleh je guna kat mana-mana station pon. Ingat tak aku tidur kat airport haritu? Aku plan nak pergi ke Mount Fuji straight from airport so acah-acah nak bertolak awal la, pukul 6 pagi macam tu. Tapi counter JR tak bukak lagi. JR ni kalau korang nak beli kad PASMO. So, kitorang belila SUICA dekat mesin tu je.

Okay settle bab beli membeli. Pastu kalau dari airport nak g ke bandar Tokyo tu kena naik train. So dari Arrival hall tu, korang boleh nampak la signboard gambar monorail. So ikut je yang tu.

Aku akan explain further untuk kena naik train ape turun kat mana semua in my next post okay!

Bus

Pastu kitorang pon ade naik bus jugak untuk ke Kawaguchiko lake, dan satu lagi bus dari Tokyo ke Kyoto.



Nak book bus ke Kawaguchiko Lake boleh la pergi website ni Keio Bus. Kenapa Kawaguchiko? Ape ke benda Kawaguchiko? Sejenis binatang kah?? Tak bukan bukan. Di sebabkan ini travel budget kan, korang mesti nak tengok Mount Fuji kan alang2 dah sampai Jepun? Untuk jimat cost, pergi Kawaguchiko lake ni, dah boleh nampak dah Mt Fuji. Jelas pulak tu! Harga bus pon 3500 yen je pergi balik. Book tiket kat page aku dah bagi tu, pastu nanti print and bawak je. Bayar kat kaunter di Shinjuku nanti.

Bus dari Tokyo ke Kyoto pulak, kitorang naik Willer Express. Ni web dia Willer Express. Harga masa tu 3900 yen one way. Quite cheap jugak lah..



*Korang ni, aku dah bagi link tu, click ye. Jangan tanya camne nak g ke website tu lah ape lah. Aku lemah betul bila aku dah penat tulis setiap detail, pastu orang masih tanya-tanya lagi soalan yang dah ada jawapan kat post2 aku tu. Nampak sangat nak mudah,nak jawapan segera tanpa baca. Haishhh bengang pulak. Tapi disebabkn bengang tak bengang, aku memang akan jawab pon soalan-soalan tu. Nak buat camne, nasib badan.




Train

Kitorang memang mostly the whole trip kat Japan memang naik keretapi jelaa. Dan sangat complex train system dia. Kat Tokyo ade JR line and ade yang subway. Untuk pass aku cakap tadi tu, utk subway je ye. So aku suggest korang download apps TokyoSubway on App store


Kyoto 


Kat Kyoto, transportation system dia ade dua - train and bus. Tapi aku prefer bus dia jela. Boleh beli Kyoto day bus pass untuk 500 yen. Beli kat driver bus je. Boleh lah naik turun bus warna hijau cair ( ROKU bus) tu sampai termuntah. Roku bus ni pon memang ada cover about 90% tourist attraction. So kitorang guna je bus pass tu untuk g Tourist site and untuk pergi balik hostel. Tapi tu valid untuk sehari ye harap maklum.


Osaka 



Kat Osaka pulak, kitorang beli OSAKA AMAZING PASS, 3000 yen untuk 2 hari. So dengan pass ni, ko boleh naik turun bus, train, and boleh juga pergi ke tempat2 menarik dia FREE! Bukan setakat pergi je free, in fact kalau ko nak naik river cruise ke, ferris wheel ke pon free! Tak semualah free, ade jugak tempat yang dia bagi diskaun je. Tapi, kalau dah ade tempat free, baik kite g kat tempat free je ye dak. HAHAHA.. Boleh pergi ke website ni untuk rujuk list tempat mana free Osaka Amazing Pass.






So aku rasa post aku ni memang dah panjang lebar, and dah boleh jawab some of the basic needs for you to travel in Japan. Nanti aku kan cerita pulak experience aku kat sana yee..


 I really really really hope that this post helps you guys to at least give a brief idea on what to plan and what to do. Feel free to ask any questions (yang tiada jawapannya dalam post ini okay). I'll be glad to help :)




Please click on the links below to read on other posts :

Tokyo




Anda mungkin berminat untuk membaca entri backpack saya yang lain :

Cuti bajet dan backpack murah ke Australia
Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
Cuti bajet dan backpack murah ke Korea
Cuti bajet ke Europe dengan bajet serendah 3k!

42 comments:

  1. wah murahnye RM1900 dalam 7 hari... menarik2... saya dah follow blog awak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la.. murah giler! kami pun akan ke jepun pada May 2016 ini.. tak ambik travel agent pun.. redah je la kot.

      Delete
    2. assalamualaikum..,May 2016 bila tue ke japan.trip kami pun May nie 11-05-2016..,kami 6 org tak ambik travel agent gakkk..

      Delete
  2. Power3 tu ari bajet kita org pon dlm range tu jugak tp dapat cover tokyo je.insyallah bulan 9 ni nk ke osaka-tokyo plak 2 minggu.

    http://www.freedom-spec.com/2014/11/travel-tokyo-backpacking.html?m=1

    ReplyDelete
  3. please continue ye trip ke japan.. please .. sebab nak ke tokyo and osaka end of aug. and awal sept ni

    ReplyDelete
  4. rumah pelajar msia tu boleh ya tourist sewa.haritu terbaca dkt manatulis utk students je. tq for info ni. nak try nasib ada kosong lg tak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. muskil sungguh ã… ã…  . saya dah msj rpm, dia ckp tak boleh.hairan.lepas tu saya ckp kwn pernah duduk situ on january. dia ckp utk student dkt jepun je atau booking 1 group dgn student2 sana juga. tp its ok.just cuba nasib je.sbb lepas kira2 transport semua samah harga dgn hostel yg dpt sekarang :)

      cuma pelik je la.sbb dia tulis harga siap utk bkn student .

      Delete
  5. Nice shearing,sy akan ke jepang 2 week feb-mac solo ke sana..Terima kasih atas perkongsian yang menarik ne.

    ReplyDelete
  6. sis
    penggunaan suica / pasmo card tu sama x dengan tokyo metro one day open ticket tu??
    insyaAllah end of Dec ni akn ke sn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama dear. tu kira beli kad lain utk tokyo metro tu. dan kad tu only valid for one day :)

      Delete
  7. Hi dae.
    Nak tanya pasal Hotel Diamond tue... Bilik air dia satu eh utk the whole building? Ok ke?
    Tengah fikir2 between Taiyo, Toyo or Diamond... Hehe.

    ReplyDelete
  8. Wah ... bilalah Cik Pa'in nak jadi 18 ni .. tak sabaq nak ikut gak haha

    ReplyDelete
  9. Assalam, nak tanya...JR pass tu ada berapa jenis? Wjib beli ke untuk jalan2 kat jepun? Saya nak pergi jepun untuk 14 hari, Nk gi area Fujikawaguchiko, Mount Fuji, Takayama, Nagoya, Hakone, Tokyo, Yokohama, Kamakura, Kawasaki, Kyoto & Osaka...

    ReplyDelete
  10. Tidak terlalu mahal juga ternyata :D

    ReplyDelete
  11. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Kadar penghantaran paling murah berbanding syarikat penghantaran yang lain. Layari laman web www.viabox.com untuk mengetahui lebih lanjut. Dijamin laju dan selamat. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.

    ReplyDelete
  12. Assalammuallaikum.. nak bertanya. apa nama fb owner utk menginap di rumah pelajar malysia di tokyo?

    ReplyDelete
  13. saya akan je tokyo feb 2017
    musim winter tapi masih selenga pasal jepun ni sbb asyik ingat doraemon jer haha ada yg suruh beli jr pass tapi mahal gila 7 hari rm1200 ticket dia da nak sama ng ticket flight pula,kalau nak main salji boleh ke naik bus atau kena beli ticket train?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pergi trikh bile yea feb 2017??? sbb saya pun akan ke tokyo dan kyoto 01 feb 2017..ni tgh study lgi bab jepun ni.. nanti blh tuka2 idea kan?

      Delete
  14. saya akan je tokyo feb 2017
    musim winter tapi masih selenga pasal jepun ni sbb asyik ingat doraemon jer haha ada yg suruh beli jr pass tapi mahal gila 7 hari rm1200 ticket dia da nak sama ng ticket flight pula,kalau nak main salji boleh ke naik bus atau kena beli ticket train?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main salji boleh naik bus atau kena beli ticket train? Maksudnya?? Huhu

      Delete
  15. In Shaa Allah sy akan ke Jepun bln 11 ni..redah je..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. In Shaa Allah sy akan ke Jepun bln 11 ni..redah je..

    ReplyDelete
  18. Hi,

    Nak tanya u tidur di airport tu redah je atas kerusi mcm tu la kan? And pihak airport ok je kan org tidur?

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Menarik itinerary ni.

    Waktu saya di Osaka, saya gunakan 2 day pass. Dapat masuk banyak tempat menarik dan x perlu bayar fees. Untuk transportation saya gunakan pass yang sama dan boleh naik subway unlimited selama pass tersebut aktif.

    Saya kongsikan sedikit itinerary saya semasa melawat Osaka, Kobe dan Ikoma di blog saya.

    ReplyDelete
  20. SALAM,

    BOLEH SAYA TAU YANG RATE UTK HOSTEL TU DIKIRA SEBAGAI UTK SATU ORANG ATAU UTK SATU BILIK?

    MACAM AWAK KAN PERGI TIGA ORG, UTK KYOTO HOSTEL TU 2000 YEN/ROOM ATAU 2000 YEN/PERSON

    ReplyDelete
  21. assalam, tq for sharing.. cadang nak pegi thn dpn.. all gurls jgk.. :P

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum..thanks for sharing..apa2 nk tny yg xbapa jelas sy email awk..boleh??

    ReplyDelete
  23. As salam.. macam mane nak dapatkan contact rumah student msia tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 32000 yen utk 7 hari ckp x utk duit poket je....

      Delete
  24. salam..
    boleh email kan copy itinerary tak?
    gurl5o7@yahoo.com
    tyia

    ReplyDelete
  25. hi fana
    yup kt aiport boleh je tido klu dh lewat malam.. kt tingkat atas ramai je tidur, paling best experience sy tidur kt laluan org lalu lalang, ipone kt atas tangan je, tak hilang!!! plus akan ada guard y dtg ronda just utk safety check..kagum
    tapi sampai klia barang kene curi...hahah

    ReplyDelete
  26. Info yg bagus.. baru merancg nak ke jepun ..

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum..knpe beg kne tinggal kat loker.. cmne nk amek blek pastu..

    ReplyDelete
  28. Hi dear..mmg interesting budget awak ni..sy p tokyo fr 7dys pun abis 20k fr accomodation..huhuhuu..just nk cnfrm mn nk dpt osaka amazing pass tu ye..i nk p osaka dlm masa terdekat..tq sweety..��

    ReplyDelete
  29. ni kira bajet accommodation la ya? nice2, sesuai la ni. thank you for share your info :)

    ReplyDelete
  30. HI,

    BOLEH EMAIL PADA SY COPY ITINERARY AWAK?
    INSYALLAH SY AKN KE SANA PD BLN 2 INI,

    TQ.

    email : hasanah.saadon@gmail.com

    ReplyDelete
  31. Teringin nak ke Tokyo. senang tak nak dapat makanan halal dekat sana?

    ReplyDelete
  32. Wahh. Nice sharing dik. Kakda pun ada plan nak p tgk Mt Fuji. Mesti cantik sangat kan. Hihi.. skg baru nak kumpul² info. Tak plan lg nak p bila. inshaaAllah ada rezeki nak aim Nov tahun ni.inshaaAllah.

    ReplyDelete