Friday 4 December 2015

A brief view mengenai Palestin dan Israel

Assalamualaikum. Hari ini nak share je mengenai trip saya ke Palestin baru-baru ini.



Ya, jika dengar perkataan Palestin, pasti ramai terbayangkan peperangan. Memang betul peperangan itu berlaku, tetapi itu hanyalah di Gaza. Bagi tujuan pelancongan, kita biasanya akan ke Baitul Maqdis, Hebron, Jericho dan sekitarnya sahaja. Memang tidak dapat dinafikan, negeri-negeri yang disebut tadi terdapat tentera Israel di mana-mana. Tetapi, tidak perlu takut tidak perlu gentar kerana kebiasannya, para pengunjung memang tidak akan di apa-apakan. Yang dikawal hanyalah rakyat Palestin, tetapi sewaktu kehadiran kami, rakyat Palestin bebas untuk melakukan aktiviti harian mereka.



Jika ditanya, bukan ke pergi Palestin dan Israel tu ibarat menyokong yahudi ke? Jawapan saya, TIDAK. Tidak dinafikan kita perlu membayar 50 USD bagi tujuan VISA, tetapi apabila tiba di sana, sudah tentu duit yang kita bersedeqah untuk rakyat Palestin, masjid-masjid, kanak-kanak, jauh lebih banyar dari nilai sebuah VISA. Selain itu, semasa di sana juga, imam masjidil Aqsa pernah berkata :



"Masjidil Aqsa is not for Arab. Not for Palestine. But for ALL MUSLIMS. So brothers and sisters, tell your family and friends to visit us and masjidil aqsa. Because when you all come, you give us strength and power"



Semasa kami di Hebron pula, kebetulan baru sahaja berlaku persengketaan di antara orang yahudi dan palestin, yang menyebabkan banyak roadblock dan banyak tentera-tentera Israel yang mengawal kawasan itu. Sehinggakan untuk memasuki masjid Ibrahim pun perlu melalui scanner. Semasa sedang mengambil wuduk, seorang wanita palestin berkata pada kami



"Ya Allah... Thank you for coming.. Everyone is so afraid to come here but u all come. Thank you so much. You give us hope. Thank you." sambil menangis dan memeluk kami semua.

Memang sedih sangat. Ketahuilah, di Palestin dan Israel lah terdapat banyak sejarah-sejarah dan sirah Islam. Daripada kisah nabi Muhammad mikraj ke langit di masjidil Aqsa, nabi Yunus dan ikan paus, kisah Maryam dan nabi Isa, kisah nabi zakaria, ibrahim, ishak, yusha' bin nuun dan banyak lagi. Bukan sahaja nabi, malah kisah peperangan seperti peperangan Hittin, ghaib, dan perang akhir zaman juga akan berlaku di sini. Apa yang menarik minat saya ialah apabila dapat pergi ke tasik Galilee, di mana apabila keringnya tasik ini, maka berlakulah kiamat. Di sini juga berlakunya nabi Isa menunjukkan 27 mukjizat beliau dan tempat pertama mandi wajib dilakukan. Saya juga berpeluang untuk mandi di laut mati dan merasai sendiri perasaan terapung dengan mudah di dalam air.



Saya juga dapat melihat sendiri pokok Gharqad yang dikatakan yahudi sedang berlumba-lumba untuk menanamnya kerana di akhir zaman, pokok ini lah yang tidak akan berkata "bunuh dia yahudi" apabila orang yahudi bersembunyi.



Jadi, saya pinta untuk anda semua rasainya sendiri dengan ke Palestin. Sejujurnya saya memang buta sirah *sebab tak beri perhatian dalam kelas* tapi selepas balik dari Palestin, macam-macam sirah saya tahu. Selain mengetahui sirah, marilah kita sama-sama membantu ekonomi orang Palestin dengan membeli barangan mereka, menderma dan memberi moral support pada mereka. Jika anda berkata pergi ke Israel itu membantu ekonomi diorang, jadi saya nasihatkan, tak perlu beli apa-apa dari diorang. Kita datang hanya untuk pelajari mengenai Islam. Mudahkan?

2 comments:

  1. Salam sister..penulisan yg sgt2 bagus & membantu..menyebabkan pembaca berminat nk ke palestine juga..however sy xjumpa sebarang info mengenai pakej ke palestine ini(contact person,price,link,etc)..if possible cn u share with your dear readers whom may hv interest in going the same trip to Palestine..tq again sister..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ade saya share.. boleh pergi ke alcctravel.com 😘😘

      Delete