Sunday 13 December 2015

Palestine Trip - Tel Aviv Israel

Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link dibawah untuk baca :

Hari diteruskan seperti biasa. Pada jam 0345 pagi, kami ke masjidil Aqsa untuk berqiamulail dan kemudiannya solat subuh. Solat subuh di sini meriah kerana mereka bersemangat mengAminkan doa qunut. 

Tetapi jangan terkejut apabila setiap kali selepas solat masing-masing buat hal sendiri kerana di sana, bukan adat mereka untuk wirid selepas solat.


Semasa dalam perjalanan pulang, kami terjumpa anak-anak Palestin yang sedang dalam perjalanan ke sekolah. Menariknya, orang Palestin yang 'warak dan alim' tidak mudah menerima sebarang duit daripada kita.

Pada jam 0830, kami bertolak ke Tel Aviv Israel. Untuk memasuki Israel, terdapat juga beberapa cekpoin di mana tentera Israel akan membuat 'random spotcheck' dan meminta paspot sesiapa sahaja untuk disemak.

Setelah memasuki kawasan Israel, kami begitu terpesona dengan keindahannya. Begitu pandai orang yahudi merancang penempatan mereka, dan sangat cantik dan sistematik. Sebenarnya, saya tidak begitu gemar untuk memanggil tempat ini Israel kerana pada dasarnya, ini bukan hak mereka, dan mereka telah merampas tanah ini daripada orang Palestin. Namun, untuk tidak mengelirukan para pembaca, maka saya terpaksa menamakan tempat ini Israel.


Di sepanjang jalan di Israel juga, terdapat banyak tanaman ini ditanamkan. Tahukah anda apakah pokok ini? 

Ini pokok Qharqad namanya.

Kenapa dengan pokok ini? 

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. Ketika itu batu dan pokok akan bersuara …

"Wahai muslim! wahai hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuh dia’.. kecuali POKOK GHARQAD kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”

Dan disebabkan hadis ini, maka orang yahudi berlumba-lumba menanam pokok ini. Mereka juga membuat kempen menghijaukan bumi dengan menanam pokok ini, tetapi hakikat sebenarnya ialah mereka menanam sebagai penglindung di masa akan datang.

Menarik bukan? Mereka sudah mengetahui bahawa mereka merupakan golongan yang dilaknat, dan mereka juga akan diburu di akhir zaman, tetapi mereka masih tetap tidak mahu beriman pada Allah. Malah mereka turut bersiap sedia untuk menghadapinya. Memang ternyatalah mereka merupakan manusia paling degil dan sombong. 


Pokok Gharqad secara lebih dekat. Pokok ini, apabila kita menyorok di dalamnya, pasti orang tidak dapat menjumpai kita.


Inilah Tel Aviv Israel. Cantik kan? Laut itu merupakan laut mediterranean, di mana nabi Yunus ditelan oleh ikan Paus. Di sinilah tempat kejadiannya. Masya Allah.







Kemudian, kami menunaikan solat dhuha di masjid yang berhampiran (ya, di dalam Israel pun ada masjid dan orang Islam meskipun tidak ramai orang). Tragedi seperi di sabotaj oleh orang yahudi itu adalah perkara biasa, seperti bekalan air dan elektrik diputuskan, dan macam-macam lagi.




Cantikkan masjid di Israel? Suka sangat.


Seterusnya, kami bertolak ke Nazareth. Sepanjang perjalanan, terdapat satu kawasan bernama Armageddon. Mesti pernah dengar kan nama movie tajuk ini? Di tempat ini, diceritakan dalam hadis dan riwayat bahawa akan berlakunya peperangan terdahsyat.

''Armageddon adalah peristiwa besar di akhir zaman, iaitu perang dunia terbesar di akhir zaman yang dimulai dari Magiddo. Nabi Muhammad SAW menyebut Peperangan Akhir Zaman ini sebagai al-Malhamah al-Kubro, suatu huru hara besar yang belum pernah ada tandingannya, yang merupakan arena penampakan kuasa Allah untuk membungkam kesombongan orang-orang kafir,'' ungkapnya.



Sepanjang perjalanan juga, kami melalui Nazareth yang merupakan perkampungan Maryam iaitu ibu kepada nabi Isa dan juga tempat di mana nabi Isa di lahirkan. Penduduk di sini ramai Kristian. Tempat-tempat seperti tempat kelahiran nabi Isa dan hal-hal berkaitan nabi Isa kebanyakannya dijadikan gereja.

Kami kemudiannya lalu di hadapan kawasan peperangan Hittin iaitu medan peperangan antara tentera salib dan Salahuddin Al Ayubi.

Tentera Islam mencapai kemenangan yang besar bagi peperangan Hittin ini. Akibat daripada peristiwa ini, Baitul Maqdis telah ditawan dan banyak juga kubu pertahanan tentera Salib dapat ditawan. Selain Baitul Maqdis, Palestin keseluruhannya jatuh kepada tangan orang-orang Islam.



Kemudian, perut sudah lapar, kami menuju pula ke restoran. Berhampiran dengan restoran kami ialah tapak ekskavasi Mary Magdalene.


Siapa pula Mary Magdalene ini? Menurut Islam, namanya ialah Mariam Majdalia. Beliau merupakan pengikut setia nabi Isa dan merupakan antara yang terawal memeluk agama Islam. Jangan tersalah ye, ibu nabi Isa juga bernama Mariam, pengikut setianya ini juga bernama Mariam.

Bagi orang Kristian pula, Mary ini ialah 'skandal' Jesus, dan ada juga yang berpendapat bahawa beliau ialah isteri Jesus. Tetapi sebagai orang Islam, kita sudah sedia maklum bahawa nabi Isa tidak pernah berkahwin sewaktu hidup di dunia.

Kami kemudiannya tiba di restoran untuk menjamu selera pula. Restoran ini berhampiran dengan tasik Galili dan dikhabarkan bahawa selepas menjamu selera, kami akan menaiki bot sekitar tasik galili yang di sponser oleh Ustaz Amin tempoh hari.





Ikan ini katanya ditangkap di tasik Galilee. 

Persoalan sekarang ini pula, apakah itu tasik Galilee?

Ada apa kat tasik ni?

1. Di sini tempat nabi Yahya mengajar kepada nabi Isa cara mandi wajib (baptism kalau ikut kepercayaan kristian)
2. Di sini tempat nabi Isa menunjukkan 27 mukjizat nabi sebagai contoh :

- Jalan atas air
- makanan turun dari langit 
- selebihnya boleh google!

3. Kisah orang yahudi yang dilaknat menjadi monyet

4. Apabila tasik ini kering, muncul lah dajjal dan bermaksud kiamat sudah dekat! Menariknya, orang yahudi pandai, sekarang dia menambahkan air ke dalam tasik ini daripada bekalan air sungai Jordan.



Dulunya, paras air tasik ini sehingga ke batu-batu ini.


Tapi makin lama makin surut sehingga paras yang boleh dilihat di gambar itu sekarang. Menakutkan, nauzubillah.




Kami kemudiannya menaiki bot mengelilingi tasik galilee ini. Dipercayai tasik ini berbentuk alat muzik 'harp' kerana orang yahudi mempercayai bahawa nabi Daud mukjizatnya ialah suara yang merdu, (tetapi masih tidak dapat menghubung kait dengan alat muzik harp itu)

Untuk pengetahuan anda, orang yahudi mengagungkan nabi Daud dan baginda merupakan raja untuk bani Israel. 


Semasa baru hendak bertolak, lagu Negaraku dimainkan, dan secara automatik, kami semua berdiri dengan tegak dan menyanyikan lagu Negaraku. Agak terkejut juga di Israel pon ada soundtrack lagu Negaraku itu sendiri.


Satu pengetahuan baru yang saya pelajari, lambang bendera Israel mempunyai 1 bintang yang mempunyai 6 bucu, dan 2 jalur berwarna biru.

6 bucu itu bermaksud negara yang Israel mahu kuasai, iaitu :

1. Jordan
2. Palestine
3. Mesir
4. Syria
5. Iraq
6. Lebnon

Manakala 2 jalur itu merujuk kepada sungai nil dan sungai jordan (sungai Jordan ini saya kurang pasti, tp in sha allah betul)


Nyaman sangat udara di sini.


Kami berempat ialah hero dan heroin bagi trip ini kerana kamilah antara yang paling muda.

Selepas selesai mengelilingi tasik galilee, kami pun masuk ke muzium di situ. 


Ini merupakan kapal nabi Isa yang sebenar. Kapal ini sebenarnya di simpan di ruangan khas, dan untuk melihatnya, kami dikehendaki untuk membayar wang. Namun, saya bernasib baik kerana kebetulan 'sliding door' itu terbuka dengan sendirinya dan cepat-cepat saya ambil gambarnya.

Akhir sekali trip pada hari ini ialah menunaikan solat di masjid Salahuddin







Oleh kerana ramai yang bertanya "Boleh ke pergi Israel?" "Tak di kira menyokong yahudi ke pergi sana?" boleh baca post saya dengan klik link di bawah:






Manakala untuk mengikuti kisah seterusnya, boleh teruskan membaca dengan menekan link di bawah :




3 comments:

  1. Salam.
    Pakej melancong ke Palestine/Israel ni awak ambil dari company mana ye? Saya berminat

    ReplyDelete
  2. rimbun sampai ke bawah pokok gharqad ni rupanya.. baru first time sy dpt tgk rupa dari dekat

    ReplyDelete