Monday 4 January 2016

Namsan Tower, Myeongdong, Bukchon Hanok Village, Seoul

Assalamualaikum.

Setelah tiba di Seoul, kami pun ke hostel kami untuk meletakkan bagasi. Di Seoul, tempat penginapan kami ialah di Maru Guest House, Seoul station. Harga sekitar RM 33 - 41 semalam. Kali ini tidak begitu sukar untuk mencari Guest House kami kerana saya telah print siap-siap peta untuk ke sana. Oleh kerana kami tiba awal pagi, sekitar 7 pagi, dan masih belum boleh check in, oleh itu, kami pun meninggalkan bag di sana. 

Kemudian, destinasi pertama kami ialah ke ... Namsan Tower.. Dari tempat penginapan kami, kami hanya berjalan kaki sahaja berpandukan signboard. Sejujurnya, perjalanannya agak jauh, tetapi oleh kerana ketika itu musim sejuk, jadi tidak begitu terasa jauhnya.


Dalam perjalanan anda akan nampak bangunan ini. Bangunan ini sebenarnya adalah *short cut* untuk ke Namdaemun. Masuk sahaja dalam kawasan yang seperti lampu-lampu itu.

Tetapi misi kita bukanlah untuk ke Namdaemun tetapi untuk ke Namsan tower. Jadi ikut sahaja signboard untuk ke Namsan tower.


Map ini diambil dari website : Melissa Cheok

Sebenarnya nak mudah, tengok Namsan Tower tu, dan jalan menuju ke arah dia. In sha Allah selagi dia ada di pemandangan, selagi itu, anda berada di jalan yang benar.


Jalan je ikut jalan ini.


Nanti anda akan melihat sebuah elevator atau lift. Lift ini ialah menuju ke cable car station, dan bukannya bermaksud anda telah tiba di Namsan tower. Haha.


Sekiranya anda tidak mahu menaiki lift, sudah tentu ada alternatif kedua iaitu.... dengan menaiki tangga. Haha




Sampai sahaja di Cable Car Station, kami menelan air liur melihar harganya. Yela, untuk backpack travellers macam kami, tidak mampu untuk membayarnya kerana itu dianggap sebagai 'LUXURY'. Jadi, kami mengambil jalan yang murah, iaitu dengan berjalan kaki juga.

Ikut sahaja signboard yang diberikan






AMARAN : dengan berjalan kaki, sejujurnya memang BANYAK TANGGA. Jadi terpulang kepada anda jika anda larat atau tidak.

Sejujurnya, kami tewas dengan godaan nafsu lapar kami. Saya tidak begitu kisah jika tidak sampai ke Namsan Tower kerana saya telah pergi ke sana dua tahun lepas. Boleh bacanya di post bawah :


Kemudian, kami turun semula untuk ke Myeongdong dengan berjalan kaki. Sebenarnya memang jauh, tetapi kalau sudah biasa berjalan, tidak terasa begitu jauh pun. Dalam 30 min perjalanan. Hihihihi.



Jadi inilah dia Myeongdong! Syurga membeli belah. Semasa kami di sini, waktu ketika itu ialah sekitar pukul 11.15 pagi. Dua tahun lepas, semasa saya ke Myeongdong, terdapat pelbagai gerai kecil-kecilan di sini. Tetapi semasa kami tiba, tiada satu pun gerai kecil yang ada.

Tujuan kami ke Myeongdong ialah untuk cuba makanan halal di sana kerana saya pernah terbaca di blog Omar Al Attas dan ada blog lain, tetapi tidak dijumpai pula.

Jadi, saya memang ikut satu per satu cara yang diberikan. Berikut ialah perjalanan saya mengikut kamera saya okay!

1) Dari gambar saya yang di atas, awak terus sahaja. Sewaktu itu, saya sedang berdiri betul-betul di hadapan kedai Nature Republic (yang berwarna hijau di sebelah kiri saya). 



2) Terus sehingga anda nampak kedai jenama FRISBEE dan ada lambang APPLE.



3) Masuk di jalan yang ada lambang APPLE itu.



Ini ialah kedai betul-betul sebelah kedai Apple Frisbee itu. Kiranya, antara dua kedai ini ada satu lorong kecil. Di situ, ada pelbagai kedai Seafood, jadi boleh je pilih mana-mana. Saya pilih kedai antara yang terawal kerana ada tulis "ASAM PEDAS HALAL" jadi, kami lebih yakin untuk mencuba.



Jadi, ini menu kami. 

Seafood pancake - 10000 won
Korean Seafood soup - 15000 won 
Semua ni comes with rice and side dishes macam kimchi semua tu.

Tapi kitorang order lagi nasi (in korean nasi ialah bap), dalam 1000 won satu mangkuk.

Jadi konklusinya, makanan korea MAHAL. Baik makan di Malaysia je hahahaha.

Perut sudah kenyang, kami pun ke hostel kami. 
Untuk ke Maru Guest house, boleh baca post ini kerana panjang lebar :


Kami kemudiannya berjalan-jalan sekitar Seoul dengan 'berjalan kaki'.







Destinasi pertama kami ialah GYEONGBOKGUNG PALACE. 

Untuk ke sini, boleh menaiki subway.



Caranya ialah :



Seoul Station -- Towards Soyosan --> Jongno 3 (sam) ga 



3 station sahaja.

Turun dan tukar ke line oren 

Jongno 3 (sam) ga -- Daehwa --> Gyeongbokgung

2 station sahaja.

Keluar ikut exit 5.


Keluar je exit anda akan nampak ini.


Jadi boleh pergi dahulu ke National Palace Museum of Korea. Di hadapannya itu Gyeongbokgung Palace, tetapi yang kelakarnya... TUTUP. Jadi peringatan : 

GYEONGBOKGUNG PALACE TUTUP PADA SETIAP HARI SELASA.


Oleh kerana tutup, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Bukchon Hanok Village. Sekali lagi, perjalanan untuk ke sini jauh! Kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki. Sebenarnya mudah untuk menerangkan perjalannya tetapi sedikit sukar kerana sewaktu ini saya tidak mengambil gambar. Minta maaf lagi untuk hari ini, banyak kekurangan kerana penat mungkin.

Jadi konklusinya, tanya je kepada polis-polis yang jaga, kerana kami pun bertanya sahaja pada mereka. Kami kemudiannya berjalan dan berjalan sehingga terjumpa dua orang perempuan korea yang berpakaian seperti pegawai sambil membawa ke hulu ke hilir peta ke Bukchon Hanok Village. Mereka menerangkan cara untuk ke sana.


1) Apabila anda nampak ARABIO GALLERY ini, terus sahaja sehingga nampak kedai OLIVE YOUNG

2) Masuk kiri di simpang itu


3) Anda akan berjumpa KIEHLS ini. Masuk kiri.


4) Kemudian, anda akan lihat kedai CU ini.


5) Masuk simpang betul-betul di hadapan CU ini, yang ada kereta tu.


6) Jalan terus hingga ke hujung jalan



7) Anda akan nampak kedai LANGBO di kiri anda. Terus lagi


8) Jalan sehingga nampak tiang atau bangunan tinggi merah itu dan masuk ke kanan betul-betul di hadapan tiang itu. Terus sahaja dan anda akan jumpa Hanok Village nya. Kami pun terpinga-pinga semasa tiba di sini, tetapi itulah perkampungannya.





Secara jujurnya, anda boleh skip tempat ini kerana pada saya tak best pun. Tapi kalau nak acah-acah nak pakai Hanbok, boleh sewa untuk 10000 won selama 1 jam dan berjalan sekitar perkampungan itu. Tetapi bagi saya tak berbaloi sebab lebih baik kamu pergi yang percuma sahaja.

Kami pun berpatah balik ke arah Gyeongbokgung palace kerana di hadapan pintu utama nya, ada jalan.





Statue of King Sejong


Statue of admiral



 Teruskan berjalan dan anda akan melihat istana Deoksogung di sebelah kanan anda.



Harga untuk masuk hanya 1000 won sahaja, jika memakai hanbook boleh masuk percuma. Di depan pintu gate ini, boleh meminjam hanbok secara percuma, tetapi kerana sewaktu itu musim sejuk, jadi perkhidmatan itu ditutup sementara.



Yang tak berapa best muzium di Korea ialah kita hanya boleh lihat diluar sahaja dan tidak ada banyak perabot yang dipamerkan. Tidak seperti istana di Thailand. Best.

Semasa kami sedang meronda-ronda di dalam perkarangan istana, tiba-tiba kami nampak sekumpulan orang berpakaian warna warni sambil berkawad dan ada yang bermain alat muzik.



Jadi kami tidak melepaskan peluang dan mengikuti rombongan cik kiah ini.


Rupa-rupanya ada pertukaran guard ceremony ke apa tah, tak berapa faham sebenarnya. Tetapi best lah jika dapat rasai pengalaman ini kerana ini merupakan istiadat sejak turun temurun.


Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Namdaemun


Ini merupakan Hotteok yang berinti kuaci dan gula perang. Sedap makan panas-panas. 1000 won sahaja.

Daripada Namdaemun, memang sudah dekat dengan Myeongdong, jadi kami berjalan kaki ke Myeongdong lagi. Baru lah saya tahu bahawa gerai-gerai kecil itu hanya di buka di sebelah malam sahaja.




Chocolate Banana Crepe 4000 won satu. 

Cadangnya ke Myeongdong ialah untuk mencuba hanbok secara percuma di M Plaza. Untuk ke M Plaza, anda terus sahaja daripada Nature Republic itu, sehingga nampak kedai Forever 21. M Plaze betul-betul sebelah itu.



Nampak tak kedai Forever 21 di hadapan, dan ada kedai Body Shop di belakang itu? Di antara dua kedai inilah M Plaza.





Naik escalator hingga ke tingkat 5 dan selamat datang ke Seoul Cultural Center. Kami tiba sekitar jam 5 petang, dan rupa-rupanya, tempat itu sudah tutup, tetapi kita pengunjung masih boleh datang untuk bertanya-tanya.

Antara info penting yang saya nak kongsikan ialah :
1. Mesti buar reservation dahulu.
2. Menggunakan konsep walk in dan first come first serve
3. Tutup pada pukul 5 petang.





Hampa, kami pun pulang ke Guest House kami....

Sambungan post ini ialah :


Nak backpack sendiri tapi nak panduan mudah? Boleh dapatkan Naracards, panduan yang bersaiz mini sesuai untuk di bawa ke Korea!

Naracards Seoul Set

3 comments:

  1. Thanks sebab sudi baca blog saya. Hehehe..
    Tapi tu la.. kedai galchi jorim yang awak pergi tu dah takde. Dunno dah tutup ke atau pindah. Sebaliknya I pergi kedai sama yg u pergi tu masa Christmas lepas. Kedai yang lama tu murah sikit. Hat baru ni abit mahal.

    ReplyDelete

  2. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Seoul, di Myeongdong Malam Hari, di tengah padatnya ruas-ruas jalan di Myeongdong, gerobak-gerobak makanan berbaris di antara hotel-hotel, took-toko kecantikan, restoran , café dan kelab malam.
    Saya mencobe menulis blog tentang Seoil, semoga anda juga suka: http://stenote-berkata.blogspot.com/2019/11/seoul-di-myeongdong-malam-hari.html

    ReplyDelete