Friday 11 December 2015

Jordan Trip Part II

Trip saya ini ialah dengan mengikuti pakej ALCC Travel. Boleh rujuk post saya : 


Post ini merupakan sambungan bagi post sebelumnya. Sila klik link di bawah untuk membaca :

Jordan Trip Part I




Setelah melawati makam Ashabul Kahfi, perut sudah lapar, kami pon meneruskan perjalanan kami ke sebuah restoran, yang digelar sebagai :

Restoran Abu Zaghleh, Amman, Jordan.

Katanya, restoran ini memang merupakan antara restoran yang TERBAIK di Amman, jadi anda boleh cuba! Makanan yang dihidang juga memang lazat semuanya. 



Jadi, inilah restorannya. Besar! Terdapat 2 tingkat.


Tingkat pertama ialah tingkat untuk memesan makanan dan juga merupakan dapur mereka.


Manakala tingkat atas pula khas untuk menjamu selera. Memang luas dan selesa tempatnya.


Oleh kerana kami mengikuti pakej ini, maka, segalanya sudah terhidang sewaktu kami tiba. Makanan di sini memang ternyata sedap!

Antara menunya ialah nasi Arab, dan lauknya terdiri daripada ayam, daging dan ikan yang digaul sekali di dalam nasi. Dagingnya empuk dan boleh terasa perapannya! Menu sampingan untuk nasi ini ialah sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Selain itu, terdapat juga kuah tomato, hummus, tartar sos dan yogurt.

Selain itu, ada juga roti yang rasanya seperti roti canai, cuma lebih besar saiznya. 

Akhir sekali, antara menu yang menjadi kegemaran para remaja sudah tentunya 'ayam golek' serta kentang goreng (french fries).

Kalau hari-hari saya makan di sini, boleh naik berat badan tau! huhu.


Setelah selesai makan, saya memerhatikan cara mereka mengemas meja. Begitu mudah kerana plastik yang menjadi lapik kami makan di tarik begitu sahaja. Mudah!

Selesai makan, kami pun menuju ke destinasi seterusnya, iaitu makam Nabi Syuaib! Makam nabi ini terletak agak jauh daripada bandar Amman, dan terpaksa melalui jalan yang sempit di lereng-lereng bukit. Agak menyeramkan!

Namun, kami dapat melihat sesuatu yang menakjubkan.... 

Lembah Madyan

Ada apa dengan lembah ini? Lembah ini merupakan tempat di mana nabi-nabi terdahulu bertungkus lumus, naik dan turun gunung ini bagi menyeru kaumnya untuk kembali pada Allah.




Apabila melihat kawasan ini, terasa sedih dan pilu kerana begitu hebatnya dugaan dan cabaran nabi-nabi dalam memastikan kaumnya mengEsakan Allah. Lembah ini begitu luas, dan sudah pasti untuk mengembara disitu amat meletihkan. SubhanaAllah. Sebab itu mereka dijanjikan syurga. Kita yang diduga yang tidak begitu hebat sudahpun mengeluh. Ya Allah, jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersyukur padaMu.

Setelah lebih kurang 2 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Makam Nabi Syuaib.



Namun, ketika kami tiba, sudah masuk waktu Maghrib, dan imam mengajak kami untuk solat secara berjemaah. Alhamdulillah, kami dapat menunaikan solat secara berjemaah di sini.



Setelah menunaikan solat, kami dibawa ke satu ruang / bilik, yang menempatkan makam nabi Syuaib. Di situ, kami diberi penjelasan oleh Imam *namun beliau berbicara dalam bahasa Arab* dan diterjemah oleh Ustaz Amin.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke 
Makam nabi Yusha' Bin Nuun.

 Ketika itu, baru sahaja pukul 6 petang, tetapi sudah gelap dan sejuk kerana kami pergi semasa musim sejuk.






Sudah pastinya tidak ramai yang mengenali nabi Yusha' kerana nama beliau tidak pernah disebut dalam Al-Quran, namun kisah beliau ada secara kiasan.

Mari kita baca kisah mengenai beliau untuk mengenali siapakah beliau.

Nabi Yusha' diceritakan di dalam Al-Quran semasa Nabi Musa mencari Nabi Khidir untuk menuntut ilmu daripadanya. Ketika Nabi Musa hendak mencari Nabi Khidir, baginda tidak mengetahui kawasan sebenarnya Nabi Khidir berada. Jadi Allah memerintahkan Nabi Musa membawa seekor ikan dalam sebuah bekas dan bersahabat dengan Nabi Yusha'.

Ape guna ikan dalam bekas tu? Sebabnya bile ikan tu hilang ke kawasan laut di 'Pertemuan Dua Laut ( مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ)' yg disebutkan dalam surah Al-Kahf ayat 60, maka disitulah adanya Nabi Khidir. Diringkaskan cerita, Nabi Musa & Nabi Yusha' bin Nun pun pergilah ke kawasan 'Pertemuan Dua Laut' & mereka berehat di batu-batu berhampiran kawasan itu. Pada ketika itu ikan yang dibawa oleh mereka pun kembali ke laut. Disebutkan bahawa Allah telah menghalang ombak laut daripada memukul pantai sehingga membolehkan ikan tersebut kembali ke laut. Semasa ikan ni kembali ke laut, kedua mereka tidak perasan perkara tersebut. Termasuklah Nabi Yusha' yg ditugaskan menjaga ikan itu pun tak terperasan. 

Maka selepas mereka berjalan beberapa ketika mencari-cari Nabi Khidir, Nabi Musa pun meminta kepada Nabi Yusha' untuk bawa ikan tersebut untuk dimakan kerana telah letih berjalan dan mereka kelaparan. Pada waktu itu Nabi Yusha' baru sahaja perasan ikan itu telah hilang. Maka Nabi Yusha' berkata ikan itu mungkin hilang di tempat mereka berehat sebentar tadi.

 Mereka kemudiannya kembali ke tempat itu, dan disitulah Nabi Musa & Nabi Yusha' berjumpa dengan Nabi Khidir dan bermulalah pengembaraan mereka yang dirakamkan dalam Surah Al-Kahf. 


Namun, apa yang menariknya mengenai nabi Yusha' bin Nuun ialah kisah baginda yang menahan matahari dari terbenam!

Jom ikuti kisahnya dibawah :

Setelah kematian nabi Musa dan nabi Harun, Allah telah memilih Yusha’ bin Nun untuk meneruskan dakwah di kalangan Bani Israil.
Membuka Baitul Maqdis
Yusha’ bin Nun membawa pasukan menuju Baitul Maqdis. Selama perjalanan menuju ke Baitul Maqdis, Yusha’ bin Nun banyak menundukkan raja-raja Syam yang kafir. Dalam setiap pertempuran, dengan izin Allah, nabi Yusha' selalu menang dengan gemilang.
Semasa mereka sudah menghampiri Baitul Maqdis, matahari sudah hampir terbenam. Hari itu merupakan hari Jumaat. Dalam ajaran Taurat, mereka dilarang berperang pada hari Sabtu kerana hari Sabtu adalah hari raya bagi Bani Israil. Jika matahari terbenam, nabi Yusha’ tidak boleh lagi meneruskan perang untuk membuka Baitul maqdis. 
Doa baginda :
“Matahari, engkau adalah makhluk yang mendapat perintah dari Allah. Aku pun juga makhluk yang diperintah oleh Allah,” Kemudian, beliau melanjutkan, “Ya Allah, tahanlah sebentar matahari ini,” doa Nabi Yusya’ pada Allah. 
Allah Ta’ala selalu mengabulkan doa hamba-Nya yang berdoa kepadanya. Oleh kerana itu, Allah Ta’ala menahan agar matahari tidak terbenam, sehingga Yusya’ bin Nun akhirnya berjaya menakluk Baitul Maqdis. SubhanaAllah.


Pada jam 7.30 malam, kami tiba di hotel dan meneruskan agenda seterusnya iaitu - MAKAN.

Setelah makan malam, kami dibawa ke sebuah 'meeting room' kerana Ustaz ingin membincangkan soalan kuiz yang terdalam di dalam booklet yang diberikan tempoh hari. Macam-macam perkara baru yang dapat saya pelajari. Alhamdulillah.





Soalan quiz dibincangkan *Secara jujurnya saya hanya menunggu jawapan dari ustaz kerana tidak banyak yang saya dapat jawab*. Apa yang menariknya ialah jawapan dibincangkan dengan cara ustaz bercerita, dan ini amat menyeronokkan!

Jika berkesempatan, saya akan kongsikan contoh-contoh soalan dan kita boleh sama-sama mencari jawapannya in sha Allah.


Untuk mengikuti kisah seterusnya, boleh klik link di bawah :


No comments:

Post a Comment