Monday 4 April 2016

Kenapa negara Islam tidak maju?

Pernah perasan tak, kalau kita travel ke negara-negara Islam, mesti negara itu kotor, orangnya penipu, tidak solat, tidak beradab, dan lain-lain?

Persoalannya...

KENAPA?

Ini semuanya bermula dari sikap kita sendiri sebagai orang Islam. Jika kita ke negara Jepun, Korea atau negara Barat, ucapan 'Terima Kasih' itu tidak pernah lekang dari bibir mereka. Tetapi perasan tak kalau kita ke negara Islam, nak dengar perkataan Terima Kasih itu tersangatlah susah, dan lebih menyakitkan apabila muka penjual tersebut masam mencuka!

Satu lagi masalah negara-negara Islam ini, kenapa negara yang bukan Islam lebih bersih dari negara Islam? Adakah agama Islam mengajar umatnya untuk membuang sampah di merata-rata? Adakah Islam mengajar umatnya untuk beranggapan "Tidak mengapa, pasti ada orang yang akan tolong bersihkan".  

Masalah dari segi peniaga pula, masing-masing tidak jujur dalam berbisnes, suka mengambil kesempatan ke atas pelanggan, mengambil untung yang terlalu tinggi, solat entah ke mana apatah lagi untuk menunaikan solat Jumaat bagi lelaki?


Kenapa kita, sebagai orang Islam tidak menghargai masa yang diberikan? Kadang terasa frust apabila melihat orang Islam kita jalan dengan berlenggang lenggok, membuang masa dengan melepak atau perkara yang tidak berfaedah, melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh. Negara jiran kita (Singapore) orangnya sangat lah mementingkan masa dan kenapa bukan kita orang Islam?

Kenapa anak-anak orang Islam kasar, kurang ajar, tak hormat, suka mengamuk, tak reti duduk diam, sedangkan anak orang bukan Islam sangat berdisiplin. Ibu bapa mereka tidak perlu pening-pening kepala untuk kawal anaknya kerana anaknya memang berdisiplin.



Dan persoalan-persoalan ini masih tidak dapat aku jawab. Tidak hairanlah terdapat berbilion umat Islam, tetapi tiada siapa pun yang mampu membebaskan negara-negara Islam dari kezaliman. Semoga umat Islam diberi hidayah untuk memajukan diri, bangsa dan agama.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) 


2 comments:

  1. Islam hanya pada nama & keturunan, tidak dihayati & diamalkan. Betul kan, makin banyak berjalan, makin banyak kita observe, makin banyak kita belajar.

    ReplyDelete
  2. True :( i think amongst the reasons are :

    1) sebab ramai orang itu islam tapi tidak amalkan nilai 'islami'
    2) budaya cinta ilmu itu dah hilang. Dan kalau ada yang suka ilmu pun ada sesetengahnya yang kurang ilmu agama.sepatutnya ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah ni kena belajar sampai bila bila. Tapi ramai lepas spm dah berhenti belajar agama seserious belajar ilmu lain.
    2) sebab ramai yang tinggalkan sunah Rasulullah terbesar iaitu dakwah. Dah boleh memperbaiki diri tapi kurang mampu memperbaiki orang lain.

    Wallalahua'lam.

    May Allah bless us Amiin. :)

    ReplyDelete