Malaysia Vs. America

11:23:00

Assalamualaikum.

Berikut ialah post mengenai perbandingan negara Malaysia dan Amerika melalui pendapat peribadi saudara @zaidtraveller. Saya rasa info ini sangat berguna untuk dikongsikan bersama-sama pembaca untuk dijadikan rujukan di masa depan.


**********

MAS vs USA.. Siapa menang?

Hasil dari tinjauan saya selama sebulan berkelana di New York state, saya senaraikan beberapa perbandingan kecil antara kedua² negara :
1- Kad Pengenalan (MAS 1- USA 0) : Rakyat Amerika tiada kad pengenalan diri seperti di Malaysia, hanya ada beberapa negeri saja yg mengeluarkan kad pengenalan diri. Majoriti menggunakan lesen memandu dan paspot sebagai bukti pengenalan diri. Saya memilih Malaysia mengatasi USA dari segi sistem pengenalan diri.
2- Kad Bank (MAS 2 - USA 0) :
Di Amerika setiap permohonan akaun bank baru akan diberi kad bank sementara, kad bank tersebut hanya boleh digunakan untuk pengeluaran tunai sahaja, pemohon perlu menunggu seminggu untuk mendapat kad debit. Berbeza dengan Malaysia, hampir kesemua bank mengeluarkan kad debit pada hari yg sama akaun dibuka. Jadi saya memilih Malaysia sebagai pemenang atas kecepatan sistem perbankan.
3- Tambah nilai prabayar telefon (MAS 3 - USA 0) :
Di Malaysia kemudahan tambah nilai prabayar telefon boleh dibeli di kebanyakan kedai² runcit, restoran mamak dan lain². Berbeza dengan Amerika, hanya kedai tertentu saja yg menjual tambah nilai prabayar telefon. Saya memilih Malaysia sebagai pemenang.
4- Gadget @ Telefon pintar (MAS 4 - USA 0) :
Dari segi kecanggihan maklumat gadget, kemudahan kedai telefon pintar, di Malaysia lebih kehadapan berbanding Amerika!. ya..Malaysia menang lagi kali ini.
5- Pejalan kaki (MAS 4 - USA 1) :
Jika di Malaysia bila melihat orang ingin melintas jalan dengan pantas memecut laju kenderaan tanpa memberi laluan kepada pejalan kaki, berbeza dengan suasana di Amerika, pemandu kenderaan akan memberi laluan walau mereka dalam keadaan terpaksa. Di sini kemenangan berpihak kepada USA.
6- Kebersihan Air Paip (MAS 4 - USA 2) :
Jika di Malaysia kita terpaksa membeli penapis air untuk menjamin kebersihan air paip. Tetapi di Amerika mereka membekalkan air bersih tanpa perlu penapis tambahan, air paipnya boleh diminum terus tanpa perlu dimasak. Sudah tentu Amerika mengatasi Malaysia kali ini dalam membekalkan air bersih.
7- Urusan Paspot (MAS 5 - USA 2) :
Jangan terkejut Malaysia sebenarnya memiliki sistem pengurusan paspot antara yg terpantas di dunia! Permohonan paspot baru hanya mengambil masa satu jam sahaja, berbanding dengan Amerika yg mengambil masa hampir 10 hari bekerja. yeay, Malaysia menang kali ini.
8- Perkauman (MAS 5 - USA 3) :
Di Malaysia masalah perkauman masih belum berjaya diatasi, slogan ketuanan Melayu masih sukar untuk dihapuskan. Di Amerika mereka hidup dalam masyarakat majmuk dari pelbagai bangsa seperti Asia, Arab, Afrika dan Amerika sendiri, semuanya hidup dalam harmoni. Jika ada pun isu perkauman mungkin tidak ketara. Seorang kenalan saya di sini memberitahu yg Amerika tiada apa² kemajuan dapat dicapai jika tanpa kehadiran imigran. Jadi di sini saya memilih Amerika sebagai pemenang.
9- Kemudahan mesin ATM (MAS 5 - USA 4) :
Di Amerika kemudahan mesin ATM boleh didapati di mana sahaja, seperti di kedai runcit, restoran, kampung pedalaman dan tepi jalan. Malaysia tewas kali ini dari segi kemudahan mesin ATM.
10- Kebersihan dan kesedaran sivik (MAS 5 - USA 5) :
Malaysia masih jauh ketinggalan tentang kebersihan dan kesedaran sivik, selagi masalah ini tidak dapat diatasi, tidak mungkin Malaysia akan menjadi negara maju. Amerika mengatasi Malaysia sekali lagi.
Kesimpulannya, dari 10 perbandingan seperti di atas, Malaysia seri 5-5 dengan USA..smile emoticon
# Hanya pandangan peribadi, terpulang pada masing² untuk menilai..

Related Post

1 comments


Panduan Menjana Wang Dengan Menjadi Penulis Bebas