Tuesday 7 June 2016

Pulau Cantik di Filipina - Fortune Island, Batangas

Assalamualaikum dan hi semuaaa..

Hari ini aku nak kongsikan trip aku ke Fortune Island, Batangas Filipina kerana ramai betul yang tertarik dan tanya aku cara untuk ke sini. 

Untuk makluman korang, Fortune Island ni terletak kira-kira 3 jam daripada bandar Manila. Kenapa aku nak ke sini? Yela, plan kami sebenarnya ke Manila sahaja (sebab dapat tiket murah Air Asia) tapi memandangkan rata-rata orang kata Manila tak best, dan kenapa tak pergi pantai dia macam Boracay or Cebu kami pun rasa menyesal lah jugak. So gigih google cari pantai mana yang terdekat dengan Manila yang tak perlu naik flight. *Nak Jimat* hahahahaha

Okay, enough bebel. Sebelum tu nak share dulu gambar di Fortune Island. Bagi korang rasa bersemangat nak baca entry aku ni. Hahaha. 


Okay, satu je dah cukup. Yang selebihnya korang scroll baca sampai habis k! Kelebihan Fortune Island ni ialah dia seakan-akan ada kesan peninggalan zaman Greek, dari seni bina dia la. Memang cantik, air pun jernih, sesuai untuk nak buat sesi fotografi. Fortune Island ni juga merupakan pulau yang ditinggalkan (abandoned) kerana suatu ketika dahulu pulau ini famous dengan resortnya, namun telah musnah oleh angin Typhoon. Untuk membina semula resort ini menelan perbelanjaan yang tinggi jadi mereka membuat keputusan untuk tidak membangunkannya kerana tidak berbaloi.

so nak tahu tak macamana nak ke Fortune Island? Haaa jom baca. Di bawah ini aku nak kongsikan pelbagai cara ke Fortune Island dari Manila :

CARA 1 : NAIK BAS DARI MANILA KE NASUGBU

Terdapat beberapa syarikat bas yang ke Nasugbu Batangas, di Cubao, Pasay dan Buendia berhampiran stesen LRT. Masa perjalanan 2 -3 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas lah. Kebiasaannya, syarikat bas akan bertolak awal iaitu dalam pukul 3 pagi untuk mengelakkan trafik jam (kat sana trafik memang teruk). Tambang bas biasanya dalam 200php one way.

Turun di bandar Nasugbu, berhampiran dengan Jollibee (restoran macam KFC), terdapat banyak orang-orang yang akan menghampiri korang untuk menawarkan pakej Fortune Island mereka. Bolehlah pilih pakej yang korang rasa paling murah.

Kemudian naik Tricycle (motor tiga roda tu), teruskan ke Barangay Wawa, Tricycle tambang PHP 10.00 seorang.

Dah sampai di resort, kena naik boat pula. Masa ni kena pandai tawar-menawar. Harga sewa bot dari 4000 - 6000 php (harga tu harga 1 boat) untuk one day trip atau dua hari (semalaman). Perjalanan boat pula dalam 1 hingga 1.5 jam, bergantung pada ombak. Boat boleh memuatkan 10-15 orang. So, aku nasihatkan korang memang datang dalam jumlah yang ramai. Sebab kalau pergi seorang atas dua tiga orang, agak mahal nak kena bayar per person. 

CARA 2 : IKUTI PAKEJ

Aku lebih sarankan korang ikut pakej yang boleh dijumpa daripada Facebook. Sebab tak perlu pening-pening kepala nak kena kumpul orang seramai 10 orang untuk murah. Tapi kalau korang travel dalam 1 group dipersilakan. Takde hal.. So kitorang ni ikut pakej je sebenarnya. Sebab malas nak pening-pening kepala dan untuk elakkan dari ditipu. (Kalau kat negara Jepun, Korea memang aku prefer buat sendiri semua sebab nak murah dan di sana memang selamat pergi sendiri, kalau kat Filipina ni, better ikut pakej jela kottttt sebab dari naik bas, ke tricycle, ke taxi semua ada possibility untuk kena tipu tinggi)

Korang boleh je search kat Facebook 'Fortune Island Day Trip', and banyak pakej yang disediakan. Pakej kitorang dah included van dari Manila dan boat ke Fortune Island, untuk pergi dan balik. Siap ada free lunch!

INCLUSION:

Van Transfer-Manila-Nasugbu-Manila
Boat transfer
Island Entrance Fee
Free Lunch
Water
Ice
Driver's fee
Driver's meal


ITINERARY:
3:00am meeting time Shell Gas Station Julia Vargas Ave. Pasig City (Near Sm Hypermarket/Tiendesitas)
3:30am-ETD going to Nasugbu
6:00am-arrival @ Kaybiang Tunnel
6:30am-going to port Nasugbu
7:30am -boat transfer to fortune island
8:30am-ETA in Fortune island
9:30-11:45am- beach Free time
12nn: Lunch time
1-3pm- Exploring the Island, Swimming,Snorkeling,Cliff Jumping
4:00pm-ETD in Fortune Island
5:00pm- arrive in port
6:00pm ETD to Manila
9:00pm ETA in Manila

Total kitorang kena bayar 1500 PHP seorang, dalam RM 150 cmtu lah.. Sebenanya lagi murah harga duit Malaysia, tapi sebab malas nak kira and convert harga betul2, so korang buang je kosong kan 1500 tu jadi lah RM 150. Haha

**************************

PENGEMBARAAN KE PULAU FORTUNE BERMULA...


Sekarang ni baru nak start cerita pasal journey aku ke sana. 

Pada 4 Jun 2016, pukul 2 pagi, kitorang dah bangun and siap-siap bawak bekal, sandwich je pun. Yela just in case lapar kan..


Malam tu bertolak ke Shell Julia Vargas, korang boleh je naik taxi or Uber. Fare dalam 125php je (RM 12 cmtu). Depends pada cara korang pergi either naik bas or ikut pakej, tapi disebabkan pakej kitorang meeting point dia kat Shell, so kitorang pun berjumpa la disitu.


Shell dia macam kita je. Tapi ada lagiiii banyak fast food restaurant. 



Ingat tak kat atas tadi aku ada mention Jolibee? Haaa, ini lah Jolibee. Ala-ala KFC tapi diorang lagi suka makan Jolibee la.


Inilah shuttle bus yang kitorang naik. Muatkan dalam 17 orang. Keras kejung kaki aku weh!

Dalam pukul 3.29 pagi, kami pun bertolak ke Nasugbu Batangas. Dalam 3 jam kemudian, kami tiba di sana sekitar 6.24 pagi. Ya Allah, pukul 6.30 dia macam dah pukul 7.30 pagi tahu takkkkk



Kat Nasugbu Batangas ni, kitorang berhenti jap, yela kaki pun dah nak dekat cramp, perut dah lapar, so berhenti dulu untuk sarapan. Sebab dalam itinerary, lunch pukul 12. Baik makan siap-siap takut kebulur. So perhentian kami ialah JOLIBEE. (Jolibee lagi. kan dah cakap sini famous dengan Jolibee. Haha) 

Since Jolibee ni serve ayam (and of course kita tak boleh makan untuk orang Islam) so makan jela sandwic kitorang buat tadi. And boleh juga kalau nak makan kentang or pancake dia.


Inilah pemandangan di Nasugbu, Batangas, Filipina. Macam kampung-kampung sikit.


Tadi aku ada mention tricycle dan pakej-pakej Fortune Island kan? Haa berdepan Jolibee di Nasugbu ni, berlambak-lambak tricycle dan orang datang untuk offer package Fortune Island. So kalau korang travel ke sini by bus, boleh lah teruskan perjalanan anda dengan menaiki tricycle ini. Harga 10 php je. Dalam RM 1. hahahaha

Tapi since kitorang semua under package, lepas makan tu kitorang cuma naik je shuttle bus dan menuju ke resort nya. Kami pun meneruskan perjalanan.




Korang naik tricycle sampai nampak kawasan berbuluh macamni. Dalam 10 minit je perjalanan dari Jolibee tadi ke sini.
Ada tulis 'Welcome to Fortune Island Resort'


Inilah pintu gerbangnya. Gituuw.





Peta Fortune Island.


Kitorang pun tunggu leader kitorang kumpul duit, settle kan payment untuk bagi Green light naik boat. Haa nampak tak ada banyak boat. Kalau korang travel sendiri, kena tawar menawar dengan pakcik pakcik boat tu la.


Dah dapat green light, kami pun menuju ke boat kami. Ya Allah pantai dia, pasir hitam berkarat. Penuh sampah pula tu. Emmmmm

Boat kitorang terletak di tengah-tengah air tu. Aku ni dahlah dah pakai cantik-cantik. (Poyo je) Maksudnya baju pergi and balik aku baju yang sama. Haha, dah tu kalau kena redah air memang basahlah seluar jeans aku kan. Nasib teragak pakai seluar renang dalam. So tanpa fikir panjang buka je seluar jeans tu. 

DEMI SELUARKU TERCINTA

Lalu aku pun meredah lautan untuk berjumpa cinta ku yang satu. Okay merepek. Redah lautan tu, dan naik boat. Peh belum apa-apa lagi dah basah sampai ke pinggang. Hahahaha. 



Nampak tak ke tengah laut macamana. Mana la tak basah kuyup selua den. Hahaha


Bermula lah perjalanan kami selama sejam dengan menaiki boat. Masa ni handphone semua dah simpan dalam bag kalis air. Keluarkan yi cam je. Tu gambar kabur sikit sebab air terpercik-percik kena kat kitorang. Hahaha. Memang basah lah don't worry. Hahahaha. Lagi-lagi yang duduk depan. Memang habis kuyup.


Kesian pakcik depan ni basah kuyup. Huhu.


Yeayy dah sampaiii. Sampai je kat sana aku confuse jap. 
Tengok jam baru pukul 8.30 pagi. Tapi terik matahari macam dah pukul 1 tengahari.

Sekitar Fortune Island.....




Masa sampai tu memang aku teruja gilaaa sebab air dia sangat jernih. Beza dengan sejam yang lepas di mana air dia hitam. Haha. Macam ala-ala Krabi jugalah air dia. Jernih..

Dah sampai tu kitorang letak bag kejap pastu terus explore island tu. *Tazzabbbarrrrr*







Nampak tak bangunan belakang tu. As I said earlier, tempat ni dulu resort, tapi musnah dek typhoon. (Entah bila tah typhoon ada aku pun tak tahu tapi diceritakan begitulah)


Jom jalan ke atas tuuuuu.


Untuk orang yang dah tak fit macam aku ni, memang mengah la naik tangga. Bahahahahahaahah. 
*alasan nak bergambar je sebenarnya*



Dah sampai atas tu YA ALLAH CANTIKNYA TEMPAT NIIIII.

Memang betul cantik, tak tipu. Air dia memang biru. So korang layan lah dulu gambar gedik-gedik kitorang k.










Semua ni geng Backpackers Malaysia. Jumpa kat Facebook je. Sekarang dah jadi kawan. Umur semua lain-lain. Tapi bila travel ni, umur bukan penghalang untuk berkawan :)



Dari atas, pemandangan bawah. Memang cantik..

Dah puas bergambar tu, aku dah tak tahan kaki dan panas, so nak terjun dalam air jeeeee. Gambar di bawah ini semua ambil menggunakan Yi cam. Aku pun tak tahu asal bijak sangat aku ni lupa nak lap cover dia, so most gambar blur. Hehehe maaf yeeee


Jernih gila air diaa. Korang boleh lah bawak snorkelling set untuk tengok coral dan ikan-ikan. Macam kitorang ni, mana ada set snorkelling, nasib group leader ada bawa. So kongsi-kongsi je hahaha


View dari air menghala ke pantai. Maaf gambar kabur. Lupa nak lap air-air tu hehehehe


Ada orang belakang aku tengah snorkelling. Okay, time ni muka aku dah start hitam. SILA ABAIKAN OKAY. ISU SENSITIF. hahahahahahahaha


Swimming suit sape tuwww :P




Tak faham aksi apa member aku cuba sampaikan. 




Dah mandi, kitorang naik darat balik sebab dah lapar kan. Hahahaha. So kitorang pun pergi campsite kitorang.


Tengok Jhecka (our group leader, a Filipino) tengah masak. Oh by the way, kitorang dah pesan kitorang tak boleh makan pork, ayam, daging. So dia prepare seafood je. Sangat memahami. Thank you.

Sesungguhnya waktu itu baru pukul 10, terik dia macam pukul 1 tengahari! Tapi yang uniknya, panas dia tak berpeluh tau! Dia cuma panas yang terasa ada matahari, and kalau berkaki ayam, kaki panas kena pasir la. Haha



Ini raw fish, makanan Filipino style.


Next, tengok Jhecka tengah prepare masak kupang / lala (aku pun tak tahu mana satu, tapi dalam English panggilnya Mussels)



1. Mula-mula masukkan butter. Then masukkan bawang merah dan putih yang dipotong dadu.


2. Masukkan mussel dan add more butter. Kemudian boleh tambah seasoning, garam, gula ikut suka. Haha


3. Pastu aku ada nampak dia letak air Sprite. Aku rasa maybe pengganti  arak kot sebab kitorang kan tak boleh ada campuran arak. Rasanyalahh tu tujuan Sprite. Ataupun resepi dia memang camtu. Tak tahu lah. Hahaha

4. Gaul-gaul siapppppp


Jhecka nak introduce cara tradisional style orang Filipino makan. Namanya 'Boodle Fight'

Mula-mula bentangkan daun pisang panjang-panjang.


Kemudian letak segala lauk pauk, dan nasi yang ada. 

Jadi lah seperti di bawah...



Sedapkannn..


Makan sambil menghadap laut. Perghh best bak hanggg.


Tepat pukul 12, kitorang seramai 17 orang ni pun berkumpul dan makan. Uniknya, kalau korang perasan, kat tangan kitorang ada plastik. Sebab malas nak basuh tangan. Lepas makan je terus buang. Hahahaha senangkannn

Style makan camni cam ala-ala shell out (sebab makan sebanyak boleh) dan macam makan yg orang jawa tu. Panggil apa eh. jap fikir.. Haaa, macam makan nasi Ambeng. Makan ramai-ramai dalam dulang kan. Tapi ni atas daun pisang. hehe

Rasa macam satu family dah. Even tak kenal pun diorang semua, tapi borak-borak dan gelak-gelak. Memang best. Senang nak komunikasi sebab dorang faham English. So kalau buat lawak takdelah hambar kan. Hahahaha

Lepas dah kenyang gilaaa  (tak habis pun sebab kenyang and tak boleh terima dah), kitorang pun plan nak pergi CLIFF DIVING.

Inspired by gambar kat google, kitorang pun nak cuba sendiri


Thrill seeker boleh cuba la.

Tapi untuk ke sini, kena panjat balik tangga-tangga tadi yang macam nak ke Greek statue tu, pastu turun ke bawah dengan tangga-tangga lain pulak. Macam kat satu dunia yang baru gitu



Haaa turun tangga tu. Be careful okay. Very steep!


Nearly there.....



Okay dah sampai. Kat sini korang nak terjun dari mana-mana point boleh dah. Kalau takut, pergi terjun kat the lowest point there is la.

(Macam kitorang :P)





Mengumpul kekuatan untuk terjun. Ombak dia memang agak tinggi la. Maybe sebab dah petang. So kalau nak diving, disarankan buat pagi-pagi sebab ombak dia tenang sikit



Macam orang bawah ni, tahu-tahu je dia dah terjun. Kitorang punyalah mengumpul kekuatan nak terjun. Hahahahaha







Dalam pukul 4 petang, kami bertolak ke darat semula (ewah darat), menaiki boat selama sejam, dan tiba dalam pukul 5 petang. Mandi, tukar baju semua dan naik shuttle bas kitorang tadi ke Manila.

***************************

Bermulalah semula perjalanan bas ke Manila. Bermula juga la cramp di kaki den ni. Hahaha. Dalam sejam menaiki shuttle, memandangkan perut dah lapar, kitorang pun singgah berhenti di restoran Tagai tai. Okay part ni, orang Islam tak boleh makan ye. Kitorang cuma teman kawan-kawan bukan Islam je. Sampai je cam jadi clueless tak tahu nak makan apa. So order jela jus. Tapi diorang suggest makan je seafood macam ketam goreng. 

Lepas tanya tukang masak dia pakai minyak apa, baru rasa yakin nak makan. Dia cakap diorang kalau makanan seafood, dengan babi ke memang dorang tak campur minyak. Pakai pun minyak sayur je. (eleh yela tu) Tapi sebab kat sana MEMANG SUSAH CARI MAKANAN HALAL, so ni case darurat, kitorang belasah jela.



Pisang ni free. So boleh makan puas-puas. Hahaha.



Ketam goreng. Makan dengan nasi. Agak nak tercekik jugalah tekak aku ni sebab dorang jenis makan nasi yang tak berkuah. I mean, actually diorang ada je sup daging lembu (and kawan-kawan Filipino kitorang sedap je hirup sup dan makan) tapi yang tu aku tak ambiklah, sebab rasa kembang tekak. 


Total harga makan dalam RM 80 (yang geng islam kitorang ni jela), sorang bayar RM 20. Whuuuttt? Nasi lauk ketam kenit pun RM 20. Ya kawan-kawan, harga makanan kat sini memang mahal. Hahaha. Dahlah susah cari makan, mahal pulak tu. Haihhhhh..

*******************

Sebenarnya kisah di Filipina ni ada hari sebelum dan selepasnya. Kitorang balik Malaysia pada 5/6/2016, 1 hari sebelum puasa! Tapi since ramai nak tahu tentang Fortune Island, so aku update dulu lah tentang Fortune Island.


Till then, selamat berpuasa semua!


Peminat pantai? Anda mungkin akan berminat untuk membaca post di bawah :



4 comments:

  1. nak terjah sept nanti. ade masa sebelum masuk palawan

    ReplyDelete
  2. Everybody knows Good Fortune when they see it - however hardly any ability to live it as a way of life. contact voyance

    ReplyDelete