Saturday 10 December 2016

Padang Bukit Tinggi Trip Day 2

The following day, kitorang start journey seawal pukul 8 waktu Indonesia. 

Untuk membaca post sebelum ini boleh klik link di bawah :


First stop is, kedai kerepek Nan Balenggek.



Kat sini best, macam-macam jenis kerepek ada. Dari warna purple, merah, hijau, ke perisa durian, daging dendeng, macam-macam lahhh.


Unik kannnn warna dia. I like.


Kerepek cili api hijau. Haaa kelas kau jemah..


So kat sini pon boleh tengoklah pekerja dia buat kerepek camne. Tengok lah ubi dia, sangat fresh dan bersih nampak! Tak macam ubi kita, dah berakar-akar, bila makan tosolit kat gigi jo urat dio.

Mula-mula dia potongkan ubi tu guna mesin seperti dalam gambar.


Lepas dah potong kenit-kenit, dia pun masukkan dalam api yang panas.

Masukkan lagi dan lagi...


Tapis dan siappp..


Jemputlah makan. Sedap dan rangup. 

Rata-rata harga kerepek dia 19000 rupiah. Around RM 6 satu peket.

Next stop is tengok orang menjahit sulam. Aki cakap sesiapa nak belajar sulam kat sini boleh, course dia 6 bulan, cuma bayar dalam RM 3000 lebih je termasuk penginapan semua.



Pandainya buat sulam. Uhuk. Kita ni menjahit pun fail. Takdela fail, tapi cukuplah untuk survive kalau terkoyak. Hahahahaha

Next is kitorang naik atas pergunungan. Jalan dia macam Kuala Pilah, berliku tapi lagi seram sebab kalau terbabas je confirm masuk gaung.



Kitorang singgah di Kiniko, tempat membuat bubuk kopi (have no idea what bubuk means).

Inilah Aki tour guide kami, ajar cara nak minum air tu. 


Inilah air herba itu. Sedap juga. Authentic gitu minum dalam tempurung kelapa. Haha



Dekat Kiniko ni ada pemandangan yang cantik sangat... Sebab dia terletak di atas bukit.


Kitorang meneruskan perjalanan untuk makan tengahari pula di Pondok Flora. One of the best restaurants in Bukit Tinggi. Sebab makan atas kolam menghadap sawah. Memang cantik!


Bawah kaki ialah kolam ikan ye! 



Makan berhidang lagi...


Apa yang menariknya kat sini ada banyak burung hantu dan helang. COMELLLL



Of course tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan owl. Memang dari dulu teringin kot!! Comel sangat.

Next stop is pergi istana-istana.


Sejujurnya istana ni tak ingat nama dia hehehe

Seterusnya ke Istana Pagaruyung pulaaa..


 Masa sampai sini memang terkejut sebab besar sangat-sangat Istana dia. Lepas tu bentuk minangkabau dia memang cantik!

 Kalau nak tahu, pada tahun 2007, istana ni pernah hangus terbakar dan memang orang pun tak dapat nak selamatkan dia. Punca kebakaran ialah kilat! Boleh tengok video dia dalam istana ni.

Jadi istana ni ialah replika je. Tapi agak sedih bila tengok video tu, sebab diorang nak bina istana ni pun mengamalkan  amalan khurafat sebagai contoh sembelih kerbau pastu letakkan kepala kerbau di dalam lubang untuk pacakkan tiang. Lepas tu ada gunakan darah and gaulkan dengan daun-daun pastu percikkan kat kawasan tu. 


 Kat sini pon boleh sewa baju minang, harga 30, 000 rupiah (RM 10). Jadi, saya sebab segan kan, so tumpang bergambar jela dengan orang yang pakai. Hahaha. Mula-mula ingat diorang ni Melayu, rupanya Indonesian. Hihi


Walaupun replika, tapi memang cantik seni bina dia!

Kalau korang nak tahu, kat sini, hantaran kahwin untuk lelaki ye! Dan lelaki yang dipinang. Haaa, kalau tetibe korang rasa boyfriend korang tak balik-balik tu ceritanya dah selamat dipinang lah oleh orang Minang. Hahaha.


Balik tu, kaki sudah lenguh, mahu tidur saja..



That night, kitorang pon pergi makan steam boat.



Macam biasa jus Avocado!


Lepas dah makan tu, ingatkan dah boleh tidur, rupanya ada last stop. Kitorang pun menuju ke Medan Bapaneh, ada sebuah teater kecil berhampiran menara jam di tengah-tengah bandar untuk melihat persembahan tarian Minangkabau tradisional dan muzik. Antara persembahan yang bakal disajikan (macam makan pulak) antaranya cak lempong, bermain muzik seperti gong dan gendang, silat, dan persembahan istimewa dia ialah tarian piring. 

Boleh search di google untuk Sakato Group kalau berminat nak tengok tarian piring diorang. Best! Ngilu tengok. Sebab piring tu dipecah-pecahkan, pastu dia pijak-pijak je atas tu! Maybe a good way for reflexology kaki kot. Mungkin kita boleh cuba pula lepas ni? Bahahaaha



Ni antara video yang saya dah capture screen kan untuk menjamu mata korang. Hahaha.

Dah habis tu, adelah practice main cak lempong dengan budak-budak persembahan, diorang ajar (korang balik lambat sikit la baru dia ajar, kalau ramai-ramai dia tak layan kot). Sebab dulu saya main cak lempong juga, so cuba la. Antara lagu yang diorang main ialah lagu Ayam Den Lapeh. Kalau kat Malaysia Ayam Den Lopeh kan. 

Haa, itu lah perbezaan bahasa Minang dengan nogoyi. Diorang punya 'a' kita jadi 'o'. Contoh Lapeh jadi Lopeh. Banyak lagi la tapi mostly kalau org nogori memang boleh faham la lagu-lagu dio ko, cara dia cakap. Sobab tak banyak sangat bezo.

Okaylah itu sajo for today. Kito nak tido dulu yo. Selamat malam!

Boleh baca sambungan dengan klik link di bawah :


2 comments:

  1. Assalamualaikum
    Salam sejahtera

    Mohon ijin promote sikit disini
    Perkenalkan saya Yola Tour Operator di Agency Pelancongan di Bukittinggi, Indonesia

    Kami ingin menawarkan berbagai Pakej Percutian ke Indonesia seperti PADANG – BUKITTINGGI, MEDAN, BANDUNG, JOGJA, SURABAYA BROMO MALANG, BALI, LOMBOK
    dengan SERVICE yang Tip top serta harga yang menarik dan jimat.

    Kami juga menyediakan homestay di Bukittinggi. HOMESTAY AMBACANG

    yang nak datang Indonesia boleh contact saya
    Whatsapp +6282388471349
    EMail : yolaagusti46@gmail.com
    website :
    http://cutijimat.blogspot.com/
    baripesona.blogspot.com

    ReplyDelete