Saturday 14 January 2017

Taj Mahal, Agra, India

Assalamualaikum dan hi semua. 

Fuhh rajin pulak aku nak update blog kali ni. Tiga post berderet. Terpaksa sebab hari Sabtu ni dah nak fly ke Japan, then pergi UK pulak.

Post kali ni, nak cerita trip aku ke INDIA. Yahoo, dah boleh tick dah di ruangan Wishlist saya tu. Memang dari dulu teringin nak backpack ke India, but last-last pergi dengan mak, so ikut pakej je senang. Kitorang pergi dengan Kembara Sufi. Yang lawak, untuk pakej ni, ada 4 orang je join. Hahaha. 

Nak tengok Taj Mahal, kena turun di airport Indira Gandhi International Airport. Perjalanan dalam flight ambil masa kira-kira 5 jam dari Malaysia. 

Hello India. Masa touchdown di India, boboi tanjat tengok airport dia. Cantik! Tanjat boboi tau

Urusan cop passport di India ni leceh lagi melecehkan. Hahaha. Sis tak amik gambar sebab takut. Sebab kena scan jari bukan setakat ibu jari, tapi dua2 jari telunjuk dan banyak style la jari yang diperlukan. Yang annoyingnya scanner dia tak bagus, so kena scan banyak2 kali, pastu kena pakai sanitiser la. Aiyoyo amma

Lepas tu akhirnya dapat juga keluar haha. Kitorang dijemput oleh seorang jejaka bernama Omar. 


Steady la tinggal troli kat tengah-tengah alam camtu je. Oh kalau nak tahu, even di airport pon, hampir setiap 5 saat korang akan dengar bunyi orang hon. hahahaha
Kitorang pun meneruskan perjalanan ke hotel. Bila dah sampai, Omar tu cakap "you can get dinner at the hotel." Time ni blur jugakla, bayar sendiri ke dalam pakej. Rupanya, kena bayar sendiri. Masa tu cam bengang jugak dengan Kembara Sufi, like, apa ni, dalam pakej tulis "FULL BOARD MEALS" ni apehal kena bayar tiba-tiba.

Pastu Kembara Sufi minta maaf cakap miscommunication and memang salah diorang. Tapi korang dah pernah buat trip ni almost every year kot, takkan la boleh ada miscommunication lagi. Bila teringat sumpah rasa bengang. Tapi tak tahu lah, mungkin juga orang India ni ambil kesempatan sebab tengok kita berempat je. Usually kan trip 1 bas. Tapi perut dah lapar, malas pikir, kitorang makan je bayar sendiri.

Ya Allah dal dia. Pekat gilaaaaa sedap! Dal paling sedap kot aku pernah rasa!


Surprisingly harga dia murah juga. Hahaha. Large portion pulak tu. 400 rupee tapi portion untuk 4 orang makan. So kitorang dah belajar bahawa kalau nak makan kat India, kena kongsi-kongsi je. Beli 2 untuk di makan berempat. Dah lewat malam, kitorang pun tidur.

The next day, kena bangun awal sebab perjalanan jauh bakal menanti. Nak pergi tengok Taj Mahal. Yahooooo



Selpie sikit muka penat. Haha. I'm wearing matte lipstick by @adoresproducts. Promote sikit orang yg sponsor makeup kita sepanjang di India. Hee




Makan breakfast di hotel. Macam-macam ada. Sedap! 

Lepas dah makan kitorang pun mulakan perjalanan selama 3 jam menuju ke Agra, di mana Taj Mahal berada. Naik kereta Innova je.

Masa tengah dalam perjalanan, ternampak ada rickshaw (tuktuk) ni terlanggar kereta Innova depan dia. Yang lawak, boleh pulak berhenti tengah-tengah jalan dan settlekan tengah-tengah jalan. Bayangkan korang tengah drive kat KL, tetibe ada orang langgar ko, pastu ko berhenti tengah-tengah alam. At least kita ni, ada la baik sikit, pergi ke tepi jalan untuk settle. Kat india takdo do camtu. Hahahaha



Sejam selepas perjalanan, driver berhenti di RnR kat sana, tapi panggil Highway Masala. So aku pun tak melepaskan peluang untuk ke toilet dia sebab takut nak tahan-tahan kan. Hahahaha. Surprisingly toilet dia bersih! Tak macam kat indonesia. Hahaha

Lupa nak cakap, trip ni, kitorang cover the Golden Triangle je, iaitu Agra, Jaipur dan Delhi. Kenapa panggil Golden Triangle? Sebab dari antara tempat-tempat aku sebut tu, jadilah sebuah segi tiga.



Semua ni terletak di utara India, so diorang cakap Hindi tau bukan Tamil. Orang pun cantik dan cerah sikitla kulitnya. Cam kita tengok cerita Hindustan. 



Akhirnya sampai kat hotel, solat and rehat-rehat dulu. Pukul 2 baru bertolak ke Taj Mahal. Dalam 10 minit je dari hotel






Us with Omar




Orang mesti tertanya asyik makan kat hotel je. Haah, memang kena makan kat hotel kalau taknak sakit perut cirit birit. At least bersih sikit. Tapi kalau backpack nak taknak kena la makan makanan di jual. Huhu

Lepas makan tu, terus masuk kereta and menuju ke Taj Mahal. Yeayyy my life long dream! Mmemang teringin sangat nak tengok Taj Mahal.



Kitorang pun sampai di sini. I was like mana Taj Mahal? Rupanya..... Nak ke Taj Mahal tu kalau jalan kaki dalam 10 minit baru sampai. So option dia kena naik la pengangkutan yang disediakan. Cehh. 



Harga tiket untuk foreigner cam kitorang 1000 Indian Rupee. Dalam RM 70 jugak. So gunakan sebaik mungkin!






Kalau rajin bolehla berjalan. Tapi.. Aku tak rajin. Bahaha




Inilah pengangkutan yang kitorang kena naik. (Sebab nak jalan malas kan) Hahaha.



Dah sampai. But still tak nampak Taj Mahal. Jauh betul



Nak masuk sini kena lalu security check.

Lepas dah lalu security check, akhirnya, sampai di pintu gerbang dia.



Baru sampai pintu gerbang k. Belum nampak Taj Mahalnya lagi. Hahaha.. Sila tengok gambar ni untuk tunjukkan betapa jauh laginya Taj Mahal







Jom la kita masuk je dulu pintu gerbang. Wah dah nampak Taj Mahal laaa.


Okay dah nampak sampai dah. Sikit lagi.. 
Time ni guide cakap, cuba tengok Taj Mahal. 
Di sini ada optical illusion. Lagi kita jalan menuju ke dia, lagi jauh dia pergi. And aku cuba try, memang betul!



CANTIKNYA TAJ MAHALLLLLLLLLL
Ish sibuk betul lah kepala-kepala orang ni. Jap nak crop.




Haaa, better. Bahahahaha

Nak cerita je nampak tak tiang dia 4 batang tu? Nampak tak sebenanya tak straight pon tiang tu tapi dia macam terkeluar sikit. Katanya, arkitek sengaja buat macam tu supaya just in case kalau ada gempa bumi or apa-apa la, tiang tu akan jatuh keluar dan bukan jatuh pada Taj Mahal. 

Haaa faham tak?



Pasaipa tah tunjuk gambar ni semua bukan main galak lagi tengok Omar. -__-



Jomla kita naik untuk tengok dalam Taj Mahal ada apa..

Sebelum tu nak cerita, apa istimewanya Taj Mahal. Okay ceritanya begini. Taj Mahal dibina oleh seorang raja yang bernama Shah Jahan, untuk isterinya yang ketiga iaitu Mumtaz Mahal kerana meninggal dunia sewaktu melahirkan anak yang ke 14. 

Kenapa dia lebihkan isteri ketiga? Sebab isteri pertama dan kedua dikira 'arranged mareriage', manakala dengan Mumtaz Mahal ni memang Shah Jahan yang nak dan cintai la. Pembinaan bermula selepas Mumtaz meninggal tau! Sebab ni kan makam perkuburan untuk isteri dia. Taj Mahal mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan! Pehhhh


Sebelum naik ke Taj Mahal, kita akan nampak bangunan ni, yang dibina menggunakan Red Stone. Ada dua bangunan ni, kiri dan kanan Taj Mahal (boleh tengok map aku tunjuk tadi)

Yang sebelah kiri adalah masjid, tapi sekarang dia cuma benarkan orang solat time raya je.

Yang sebelah kiri pula adalah tempat orang yang datang ke Taj Mahal berehat (masa zaman Shah Jahan la haha). 

Kalau perasan, pembinaan kompleks Taj Mahal ni sangat symetrical. Maksudnya bangunan dia seimbang, kiri kanan (yang bangunan merah tu), lepas tu binaan Taj Mahal tu sendiri pun sama kalau kita tengok depan belakang kiri kanan, memang saiz, bentuk semua sama! Cantik dan bijak! 

Katanya arkitek dia orang Turki, orang yang sama bina Blue Mosque tu. Wallahua'lam. 




Untuk pengetahuan korang, di setiap gerbang Taj Mahal ada tulis ayat-ayat Al Quran. Itu adalah surah Yasin. 
Empat gerbang untuk cukupkan 1 surah yasin.


Masuk tempat ni tak boleh ambil gambar. So boleh cerita je. Dalam ni ada kubur je sebenarnya. Hahaha. Kubur Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Apa yg menariknya, Taj Mahal kan di bina khas untuk isteri dia, jadi kubur dia memang betul-betul di centre bangunan Taj Mahal tu! Shah Jahan ni, kemudian bila dia mati baru di tanamkan di sebelah isteri dia. 

Cuma kubur yang kita tengok tu replika je. Kubur sbenar ada di bawah, tapi pengunjung tak boleh masuk. Dia buat replika sebab yela dikhuatiri orang obses and puja or curi apa-apa.


Cuba teka ada berapa surface kat tiang tu? 6 ke 3?



Jawapan dia 3!! Hahaha. Nampak macam 6 dari jauh, tp bila dekat sebenanya 3 je permukaan dia. Optical illusion!




Haa nampak tak kaki aku. Hahahaha kena pakai shoe cover, sebab menghormati tempat ni. Don't worry, nanti dapat free sebelum masuk.

Cuba tengok kat belakang aku tu, ada batu2 warna merah kan? Apa yang menariknya, kalau kita suluh cahaya ke dia, dia akan menyala merah cantik! Kalau batu sbelah dia, warna hijau ke biru ke takde pun menyala camtu.




Ni kat luar dia. Nak tengok pemandangan sekeliling.



Sungai Yamuna. Nampak tak macam ada bangunan kecik kat situ. Diceritakan bahawa itu merupakan tapak di mana Shah Jahan nak bini Taj Mahal yang kedua, yang digelar Black Taj Mahal, untuk tempat dia dikuburkan nanti.


Tapi anak dia, Aurangzeb penjarakan bapak dia sebab dikhuatiri akan lebih banyak duit yang terkeluar dan lebih ramai yang diseksa dan dikerah untuk bina another Taj Mahal. Wallahua'lam









Pelajar sekolah yang melawat Taj Mahal



Yes kena puncak!


Kami berempat!



Hari pun dah nak malam kami pun menuju ke kereta kami. Taj Mahal tak dibuka malam ye. Dia hanya dibuka semasa bulan penuh je.

Kami kemudiannya pergi ke Marble Crafts Palace, of course di bawa oleh guide. (dipaksa shopping lettuw) Haha






Kat sini kitorang saksikan la cara diorang buat Taj Mahal. Teknik yang sama. Warisan turun temurun.





Ingat tak yang aku cakap awal2 tadi batu merah menyala bila disuluhkan. Haa macam dalam gambar ni! And cara nak tahu if batu marmar tu ori ke tak, dia akan nampak kosong macam tu.



Comel kann..



Kenapa rasa macam diorang tengah tunjuk middle finger je. Hahaha



After pergi Taj Mahal, kitorang pergi ke Red Fort, dalam lebih kurang 10 minit je perjalanan ke sini. Apa yang significant nya tempat ni sampai kena pergi juga? 

Ingat tak tadi aku ada cerita yang Shah Jahan (Raja yang membina Taj Mahal untuk isterinya tu) di penjarakan selama 8 tahun oleh anaknya sendiri iaitu Aurangzeb. 



Sebenarnya, Red Fort ni bukan lah dibina oleh Aurangzeb semata-mata untuk penjarakan bapak dia, tapi Red Fort ni memang dah lama dibina sejak zaman pemerintahan Akbar, iaitu raja Mughal yang ketiga.



Red Fort ni kira dulu-dulu zaman pemerintahan Akbar merupakan kubu la, dan tempat raja-raja menetap la dulu masa ibu negeri mereka di Agra, sebelum dipindahkan ke Delhi.



Red Fort ni dibina oleh Red Stone, sebab tu bangunannya nampak merah je. Cantik! Harga nak masuk sini untuk foreigners dalam Rs. 550 /-







Mula-mula macam rasa teruk je bunyi bapak dipenjarakan oleh anak sendiri tapi bila pusing-pusing tengok kat dalam, takdela teruk sangat pun si Shah Jahan kena penjarakan. 

Kalau camni, aku pun nak dipenjarakan!! 
hahaha




Dikatakan di kawasan ini lah Shah Jahan melihat Taj Mahal yang dibinanya dengan sayu setiap hari. 




Harini cam berkabus pulak tapi cuba korang cari Taj Mahal kat mana. Sebenarnya boleh je nampak. Cepat cari! Haha





Muasamman Burj : Di katakan di sini lah tempat raja Shah Jahan meninggal dunia. Sedih je tengok..






Ni dulu kira bilik dia la. Tapi ada banyak bilik pun. Tapi memang cantik la ukiran dia, cuma sekarang dah berdaki la orang asyik pegang pegang kan





Kami kemudiannya bertolak ke Jaipur pula. Perjalanan yang akan mengambil masa selama 4 jam dari Agra.


Dalam 1 jam perjalanan, kami singgah ke Fatehpur Sikri. Tempat ini turut dibina oleh Akbar pada tahun 1573, (nampak tak betapa berkuasa nya dia dulu), dan dijadikan 'capital' selama 10 tahun je. 



Fatehpur Sikri bermaksud bandar kemenangan (City of Victory) kerana zaman dulu, Akbar ni kira hebat la.




Sunbathing uolsss.


Itu bandar lama diorang la. Kira penduduk-penduduk dulu semua duduk di situ.







Batu putih ni merupakan makam orang-orang hebat dia la. Tp aku tak masuk pun sebab tengok diorang ni banyak buat benda khurafat so rasa takut. Antaranya gi bakar colok la, gantung-gantung entah apa tah, siap ada muzik untuk honour the deads. (Nampak tak yang tiga orang tengah duduk depan tu? Haa diorang la bergendang menyanyi tu)

Okay, sekian sahaja kisah di Agra, India untuk harini. Boleh baca sambungan di link bawah. Sila klik ye..




5 comments:

  1. TQTQTQ.... SUKA SANGAT CARA AWAK BERCERITA...TERUSKAN...

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Gambar semua cantik-cantik belaka.

    ReplyDelete
  3. Bab scan guna jari tu, betul sgt. berkali2 kena. hahaha. dorg x fix mesin dorg ke ha? tensen. sy g 2018. sis g 2017. x agak2.. hahahahha

    ReplyDelete
  4. boleh dapatkan contact tourguide?

    ReplyDelete
  5. Banyak juga tempat yg dilaward. Saya sempat pergi taj mahal aje. Anyway, nice story biards with interesting phosto.

    ReplyDelete