Monday 21 August 2017

Backpack Eastern Europe murah 1 : Istanbul, Turki



Ini adalah kisah perjalanan saya sepanjang trip saya ke Eastern Europe. Antara route yang di cover ialah :


EASTERN EUROPE TRIP (2nd May – 11th May 2017)

KUL ---> TEHRAN, IRAN ---> ISTANBUL, TURKEY ---> PRAGUE, CZECH ---> VIENNA, AUSTRIA ---> ZAGREB, CROATIA ---> DUBROVNIK, CROATIA ---> MOSTAR, BOSNIA ---> SARAJEVO, BOSNIA ---> TEHRAN, IRAN ---> KUL

Secara total ialah 6 negara Timur Eropah dengan bajet RM 2965 All in. Kalau nak itinerary dn bajet, klik link di bawah untuk membaca :

BACKPACK EASTERN EUROPE MURAH : BUDGET DAN ITINERARY RM 2965



2 May 2017 

Pagi tu, kena pergi taklimat untuk posting di Shah Alam. Pukul 1.50 pm bertolak ke sekolah sebab dah kira patut bertugas harini. Tapi yela, memang tak expect secepat ni, sebab seniors dulu lambat en. So caranya, kena bagi surat penangguhan sementara.

Pkul 4.15 pm bertolak ke KLIA 2. Arrive and makan di Nandos with founder of Adorés. Then, pukul 6 tunggu KK Mart for others. Masa nak masuk immigration, tiba-tiba nampak orang depan kena timbang bag. Dia cakap kalau lebih 7kg, kena bayar RM 200 di kaunter. Nasib kitorang lepas. 

Jam dah pukul 6.30, and dengar panggilan untuk Tehran. Macam biasa, terpaksa berlari ke gate, dahlah jauh gila. Sampai kat gate, rupanya kitorang antara yg last2 juga sampai. Huhu. 

Dia tanya, ada di Tehran lebih sehari tak? Sebab kalau lebih kena bayar €10. I was like wow new information untuk blog I. Hahaha. Tapi sebab kitorang just transit je, sebab nak pergi Istanbul kan, dia cakap takpe tak perlu bayar kalau transit je.


Alhamdulillah, kami pun berlepas ke Tehran, dan flight mengambil masa 8 jam. Satu penemuan baru yang saya dapati ialah, tiada sandwic disediakan. Pada bulan Januari baru-baru ini, kami ada dapat sandwic, katanya sebab penerbangan yg lebih 8 jam ada disediakan makanan ringan la. Sekarang takde lagi dah. Cedih


Tiba di sana pada pukul 1200 malam (waktu Tehran). Dalam plane dia ada announce, di Tehran kena tutup rambut bagi perempuan. So memasing keluarkan scarf and tutup rambut. Comel je. 

One thing yang baru yg saya dapati ialah, sekarang di Tehran airport, dah ada skybridge. Padahal saya pergi bulan 1 haritu, turun dari plane je kena naik bas yang disediakan utk ke terminal.




Then, kena proceed ke transfers, then dia suruh beratur utk check documents. Ini pon satu pembaharuan baru sebab dulu takde beratur2 ni, bagi passport kat officer dia, and dia uruskan je. Sekarang maybe lebih sistematik kot. 

So being Malaysians, kita tak perlu VISA or Insurance. Tapi kalau nak amik insurance pon ok je tiada masalah. Kita bagi passport kat dia, and dia pegangkan untuk verification. Kalau dulu, dia amik passport, and settlekan boarding pass semua, tapi tetibe this time, dia suruh proceed ke immigration dulu, pastu naik tingkat atas untuk check in kat kaunter. 


Lepas settle, akan keluar kat bahagian pickup luggage, and then naik atas untuk check in pulak. 



Summary : Setibanya di Tehran, walaupun anda hanyalah TRANSIT, tetapi anda perlu proceed ke gate immigration untuk cop passport, keluar di pintu arrival, then masuk balik ke kawasan departure untuk check passport bagi flight seterusnya. Leceh kan? 




Pastu tunggu flight untuk ke Istanbul. Departure time kami ialah pada 4.45 a.m., tapi ada berlaku sedikit delay, jadi akhirnya kami berlepas dari Tehran pada 5.45 am









Yahooo, Istanbul Aku Datang Lagi 😊

Alhamdulillah, tiba di Istanbul Sabiha Gocken airport pada pukul 7 pagi waktu sana 




Kat Immigration ni ya Allah ramainya manusia. Beratur panjang. Pukul 8, selesai urusan immigration, akhirnya keluar dari airport. 





Jadi nak ke pusat bandar, kena naik bas yg bernama HAVABUS untuk ke Taksim Square. Bus ni memang betul-betul berhadapan gambar atas ni, Sebab saya ambil gambar depan ni je. Hihi

Harga dari Istanbul Sabiha Gocken Airport, ke Taksim Square 15 TL. Pukul 8.20 am bertolak dari airport. Ada 4 stops and kami sampai di Taksim which is stop terakhir pada pukul 1000 pagi



Jalan dalam 2 minit dah sampai Metro station Taksim.



So beli Istanbulkart, harga card 6 TL, kongsi 3 orang, sorg bg 10 TL, jadi 30-6 = 24 TL ade dlm kad.

Untuk ke Sultanahmet, kena naik Metro ke Kabatas, and then tukar tram ke Sultanahmet



Ikut je signboard yg tulis ke Kabatas. Sebab kita nak naik train yg menuju ke sana. Harga TL 2.30



Sampai je pukul 10.15 terus naik train. 1 stop je ke Kabatas. 










Ikut je signboard KABATAS TRAMWAY. Dari Kabatas, akan naik tram harga TL 1.65. (Touch guna Istanbulkart je)


Dia ada dua side, tak kisah mana2 side, sebab dua2 menghala ke tempat yg sama which is Bagcilar, and tak kisah la tram tu merah or biru, sama je, bezanya satu lama satu jenis baru je. So kita turun di stop Sultanahmet which is 7 stops je





Keluar je dari train, terus nampak kedai makan. Perut dah lapar sbb last makan pukul 5 petang semalam kan, so makan la dulu. Harga 5TL untuk giant kebab hahaha. And I amik air mineral 1TL


Sebenarnya, nak makan pon sebab nak wifi juga untuk cari apartment kitorang. Dah dapat wifi, boleh google je for direction. Rupanya 700m dari kedai tu. (kalau kat Malaysia, 700m tu terasa jauh, tp kalau time travel, trust me, tak rasa jauh pun)








First impression macam bestnyaaa, cantiknyaaaa. Yela, harga apartment ni RM 120, so bahagi 4, sorang bayar RM 30 je. Siap ada toilet, kitchen, living room lagi. Bestt! Nama apartment kitorang Bright Apartment.

Kitorang tunggu solat zuhur, baru keluar blik. So first stop is :


Kucuk Aya Sofya (mini)





Then kitorang pon berjalan sekitar tu untuk menuju ke Hagia Sofia.



Sambil berjalan tu memang rambang mata tengok. Cantik2 barang diaaa.





Sabun warna warni





Sampai Istanbul tolong la beli nougett nutella. Ya Allah sedapnyaaaa.



Hagia sophia







Topkapi Palace









Grand Bazaar 






Cuba teka ni apa? Hehe 

Jawapan : coral kot tak silap (lupa dah) hahahaha. Tapi sesuatu yang diambil daripada laut untuk dijadikan scrub mandi.





Kat Istanbul boleh cuba beli smoked beef or any kind of beef dia sebab sedapppp.

Selepas itu, kitorang pon berjalan menuju ke bridge, tengok orang memancing.







Ni station metro dia kalau korang nak ke tepi laut naik metro, tapi jalan kaki lagi best, sebab boleh enjoy the view of Istanbul kan? :)








The best lipsticks everrr. Sebab apa? Sebab even during cuaca yang sejuk gila, kulit muka kering, tapi bibir maintain. So sesape nak beli boleh klik link ni : Adores Products


Blue Mosque






Pastu balik and then singgah kedai makan. Makan 11 TL, and then air mineral 1 TL, kongsi 2 orang so seorang bayar 6TL je

So basically tentang Istanbul ni saya nak cover sikit je sebab dah pernah ulas secara details di post saya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment