Monday 2 October 2017

Backpack Eastern Europe Murah 4 : Zagreb, Croatia

Hi semuaaa. So harini nak sambung cerita pasal trip saya di Eastern Europe. Boleh klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :


Harini saya nak cover tentang satu bandar yang bernama...... Zagreb! 


Zagreb ni merupakan ibu negara bagi Croatia, dan negaranya terletak di antara Slovenia dan Bosnia. Zagreb merupakan satu-satunya bandar yang mempunyai populasi lebih daripada 1 juta rakyat! Bandar zagreb ni mudah dikenalpasti dengan rekabentuk bangunan dia yang berunsurkan pembinaan Austro-Hungary.


Pemandangan bandar Zagreb daripada atas dan of course sumbernya Google. Haha


Zagreb ni macam versi Austria sikit la. Cantikk..

So ceritanya harini kami berada di Zagreb, after a good night sleep at the apartment yang sumpah cantik, cosy dan best!. Sangat sangat recommended kalau korang nak stay sini k. Ni apartment kitorang stay :


Apartment Status, Zagreb







Rating dari Booking.com : 9.7

So far, apartment paling best, paling cantik yang kami duduki.

Kelebihan :

- Ada dapurso boleh masak
- Ada disediakan kuali, periuk, pinggan, mangkuk
- Selesa
- Ada disediakan sabun mandi, shampoo
- Ada wifi. Penting!
- Owner friendly gilaaaa. Sanggup tunggu even kitorang sampai lambat dari yang dijangkakan
- Dapat free gift dari owner, botol arak. Haha tapi of course tak minum
- Ada washing machine!

Link untuk book apartment ini : 


Kami kemudian meneruskan perjalanan kami untuk tour sekitar Zagreb. Pagi tu kami bertolak ke pusat bandar dengan berjalan. Best Zagreb ni, sebab cantik. So sangat disarankan berjalan kaki untuk melihat kecantikan negara mereka. Lagipun, apartment kami nak ke pusat bandar dekat je..




Cantik kannnn. Tenang sangat nampak bandar dia. Kereta pun tak banyak.







Selepas berjalan dalam 10-15 minit, kami pun tiba di pusat bandarnya. Ini merupakan gereja yang dinamakan Zagreb Cathedral. Antara yang famous di Zagreb kerana reka bentuknya berunsurkan Gothic gitu. So nak tahu camne rupa dia? Haaa jom masuk tengok....




Dulu, ini merupakan church, dan kemudian raja mereka King Ladislaus (1040-1095) menaiktaraf gereja ini kepada cathedral. Pada tahun 1242, cathedral ini pernah dimusnahkan oleh Mongols, tetapi telah dibaiki semula. Kemudian, 1880 juga gereja ini pernah 'severely damaged' disebabkan gempa bumi. Pastu dibaik pulih dan kini berkonsepkan 'neo-gothic' oleh Hermann Bolle.





Di sini merupakan tempat di mana Cardinal Aloysius Stepinac, disemadikan. Kisah tentang dia ni panjang tapi apa yang boleh dipendekkan ialah dia pernah collaborate dgn Nazi semasa hayat dia. Boleh google je.


Ini dia semasa muda.


Kebetulan, masa kami tengah rehat-rehat di luar gereja tu, terdapat sekumpulan orang berpakaian seragam datang marching with drums ke apa tah tu. Unfortunately I tak ingat ni sempena sambutan apa. huuhuhuhu.





Di Croatia, anda boleh mencuba beca elektrik! Menarik kannn. Selepas di bincang harga dan dikenyit kenyit mata sikit oleh Kak Mar and Eja (okay just joking haha) kami dapat dengan harga € 10 seorang. (RM 47.60) 



Apa yang bestnya ialah, dia bawakan kita ke tempat-tempat tarikan di sekitar Zagreb! Dia juga akan tunggu kita la kalau kita ada nak ambil-ambil gambar ke.




Haa tu Kak Mar tengah cuba kayuh. Aku pon ada juga cuba kayuh. Ingatkan senang, rupanya takdela sesenang basikal biasa. Hahahahaha. Apa yang bagusnya basikal ni ialah, korang cuma perlu kayuh sikit je. Selebihnya dia jalan sendiri. Rasa cam dah tak cukup power, kayuh lagi. 


Ban Jelačić Square. Ini merupakan tugu bagi governor mereka, Jelačić. Kalau nak picnic sini sangat best dan tenang.


Ini merupakan Museum of Arts and Crafts, Zagreb. Tapi masa kitorang pergi tu tutup. Hahahaha ape tah nasib semua kitorang pergi semua tutup ni.





Mimara museum. Pon tutup jugak masa ni.


Ini merupakan bangunan NBA (if not mistaken). Yang basketball tu.

So sekarang cerita dia, kitorang nak pergi ke pejabat SIXT sebab nak ambil kereta yang akan disewa untuk trip selebihnya ini. Sebab kalau korang ada cukup 4 orang, elok lah naik kereta sebab jimat. Lagi-lagi kalau nak pergi Bosnia, silalah bawak kereta sebab minyak dia murahhhhhh.


Korang kalau nak pergi pejabat SIXT ni, ikut je gambar-gambar yang aku dah snap ni. Kalau nampak landmark ni maksudnya betul la tu..



So beginilah rupa office nya. Kocik jo.


Kak Mar tengah berurusan dengan Donald Trump. 


Haha okay just kidding


Kiranya kami ni dah book kereta ni siap-siap dari Malaysia, so semasa di Zagreb, kami cuma perlu ambil kereta dan bayar deposit sahaja. Bayar sepenuhnya selepas pulangkan kereta nanti.



So inilah kereta kamii.. Harga sewa kereta ialah € 404 untuk 4 orang selama 4 hari dan boleh cross country (Seorang hanya  101 = RM 482 dan sudah termasuk insurans). 

Harga berbeza mengikut jenis kereta k. Seperti yang saya katakan tadi mengenai cross country, kami menyewa kereta bermula daripada Zagreb, Croatia dan memulangkannya di Sarajevo, Bosnia.

Boleh book dari Malaysia siap-siap di laman web berikut :




Tengah memahami cara nak gunakan kereta ni. Oh ye, most European cars dia di kiri tau. Tu yang kena biasakan sebab kita kan semua kanan. Kanan lebih afdhol ecewahh haha


Dah dapat kereta tu of course la tempat pertama kitorang nak tuju ialah masjid. Ye, jangan terkejut sebab ada masjid di Zagreb. Alhamdulillah. Kalau korang datang Zagreb nanti boleh waze Islamic centre Zagreb / Zagreb Mosque. Di bandar Zagreb sendiri ada dua masjid. Alhamdulillah.



So beginilah rupanya di dalam




Selepas menunaikan solat, kami dapati terdapat sebuah restoran di luar masjid ini. Wow, kedai halal. Apa lagi, of course kami nak cuba sebab dah lapar. Hahaha





Kami order yang set meal yang boleh dimakan untuk 4 orang terus, so kami order DZAMIJSKA PLATA yang berharga 110 kuna. About 14 Euro la harganya untuk 4 orang. 


Mak oi banyak gila serving diaaa. Berbaloi baloi..


Waiter tu tanya la kitorang dari mana and then nak pergi mana. So cerita la kitorang nak pergi Bosnia. Pastu dia cakap dia orang Bosnia juga. Dia cakap orang Bosnia ni baik baik. Tengah makan tu tetiba dia cakap nak belanja kitorang dessert. Okay terharuuuu memang baik gila


Sedapppp cam pudding caramel ada jugak rasanya.


Lepas perut dah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk ke Dubrovnik, Croatia. Wuhuuuuu tempat Game of Thrones berlakon tuuu. Tak sabarrrrr. 




Untuk ke Dubrovnik, ada tol ye. Harga tol €31.35, so apabila dibahagi 4,1 orang kena bayar RM 37.

Hari pun dah malam, kami yang duduk di belakang ni tidur jela kerjanya. Hahahaha.

2 comments:

  1. bestttnyeeee. guna international license ye?

    ReplyDelete
  2. hi, cerita backpacking eastern europe u macam tak habis lagi je? bila nk continue lagi dan lagi? suka baca..continue please!

    ReplyDelete