Backpack Europe : London, United Kingdom

13:00:00

Assalamualaikum dan hi semua. Seperti yang dijanjikan semalam, post ini ialah sambungan bagi kisah saya di Eropah.

Again, nak tahu bajet saya dan itinerary saya sepanjang di Eropah, boleh ke link di bawah :


Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. Klik link di bawah untuk membaca post sebelumnya :


Harini cerita kita di London. Yahoo.. Sebenarnya excited sebab dari kecik pernah tinggal dan belajar kat UK. Jadi bila ke London ni kira mengimbau kenangan lama la haa gituu..

Kami tiba di Stansted Airport pada 8.20 pagi. Airport ni terletak agak jauh dan biasanya orang tak guna airport ni melainkan kalau dia guna penerbangan murah la. Ibarat cam KLIA 2 la. Sampai-sampai je situ cam takut juga kalau orang British kuat Islamaphobia. Tapi semasa urusan immigration, diorang sangat baik, dan time tu boleh la aku speaking ada slang British. Akhirnyaaaaa hahaha.

Cuma satu nak cerita, immigration di UK ni agak banyak tanya la. So kena ready untuk jawab soalan-soalan :

- Where will you be staying?
- With whom will you be staying?
- How long will you be here?
- Have you been here these past few years?
- The reasons for you to come to UK?

Banyak juga soalan dia. Macam saya, saya siap borak la ngn orang tu and siap cerita saya pernah tinggal situ. Dia pun excited so borak-borak la. Macam member pulak, dia first time situ, and dapat pula officer yang cam strict, so lagi banyak soalan dia kena. Siap nak suruh tunjuk tiket balik la apela.



Sesudah urusan immigation, dah boleh terus exit ke Arrival Hall untuk ke train. Ikut je signboard. Kalau macam haritu, kitorang turun lift ke tingkat -1. Ni pon kelakar juga sebab siap ada negatif bagai. Hahaha




Kat sini memang takde tube (macam subway atau nama lainnya keretapi di bawah tanah), so nak ke kota London memang terpaksa menaiki National Rail, dengan simbol merah tu. So kitorang beli tiket £15.90 untuk ke Tottenham Hale. Okay nak cerita je, pengangkutan sini sumpah mahal. Duit kitorang habis ke pengangkutan je. Hahaha


Stansted -------> Tottenham Hale



Perjalanan mengambil kira sejam juga.




Di Tottenham Hale ada tube, so boleh turun di situ untuk tukar tube la. Nampak tak perkataan "Underground" kat atas tu. Itu la tube.

Bila dah sampai di Tottenham Hale, keluar je pintu exit, di sebelah kiri dah boleh nampak pintu masuk ke Tube.


Kat sini elok la beli Oyster card. Oyster ni macam Touchh n Go kita la. Boleh dapat discount sikit untuk setiap touch kita tu. Boleh beli di mesin yang disediakan.

Saya beli kad Oyster £5, dan topup £5. Station ni takde pula jual visitor oyster card. Tapi sama je actually takde beza pun. Boleh refund selepas 3 hari.

Dari Tottenham Hale, kami ke Seven Sisters sebab saya menumpang di rumah kawan yang belajar di sana. So kalau korang nak ke London, bolehlah tengok station apa yang sesuai untuk turun dari Tottenham Hale tu.

Lepas dah letak barang kat rumah Farah, kami pun terus ke kota London sebab dah tak sabar nak berjalan. Jadi kami ke station Seven Sisters semula.


Dah siap-siap google dah camne nak ke kota London dari situ. Konklusinya :

Seven Sisters ----> Green Park Station


Dari station Green Park, korang ikut je signboard Buckingham Palace untuk exit. So jalan jela kat jalan yang disediakan sebab dia akan menuju directly ke Buckingham Palace. Green Park ni sangat luas dan cantik. Boleh lah kalau nak jogging di sini. Hihi. 




Tadaaa, ini lah Buckingham Palace. Istana di mana Queen Elizabeth tinggal. 


Kalau korang nak tengok guard dia bertukar, boleh datang pada jam 11.30 a.m. setiap hari.


Gambar ni di ambil di depan Buckingham Palace. 

Okay sekarang ni kita mengejar masa sebab ada di London 2 hari je. So kitorang pun meneruskan perjalan. Dari Buckingham Palace tu, korang jalan je straight lagi.


Nanti akan nampak jalan macamni. Pastu kena lintas ke seberang jalan.


Ni gambar masa nak melintas tu haa. Haha


Ni gambar kalau saya ambil bila pusing belakang. Nampak tak Buckingham Palace di sebelah kiri, pastu patung yang saya cakap saya ambil gambar di depan Buckingham Palace tu? Haa tu semua dah berada di belakang saya. So faham kan jalan dia camne?


Jalan je straight hingga ke hujung jalan, dan kemudian ke kiri.



Akan lalu satu park ni. Tak sure ni still Green Park or nama park lain.


Tengah jalan-jalan tu, cam pelik la, asal ramai kat situ. So saje nak menyibuk tengok juga.


Rupanya kat sini banyak tupai. Hahahahaha. Geram je tengok tupai dia. Tembam-tembam pastu fluffy je.

Okay jangan terleka dengan tupai sebab kita mengejar masa. Nak pergi tengok Big Ben pula. Hihi


Lepas dah jalan straight tu, memang akan nampak Big Ben dari jauh.


Sebenarnya kalau korang nak cepat sampai ke Big Ben ni, boleh la naik Westminster Station. Tapi lagi mahal la sebab lagi jauh jarak dia. So better turun Green Park, dan jalan je dari situ. Lagipun, attractions dia semua dekat-dekat je. 

Route jalan kaki kami :

Greenpark Station ----> Buckingham Palace ---> Big Ben ---> Longon Eye ----> Trafalgar Square ---> PRIMARK


Big Ben ni sebenarnya tower clock je. Sebab dia ada jam tu en.


Westminster Station pun boleh kalau korang nak turun sini. 


Jalan depan sikit lagi dah boleh nampak....


London Eye!!

Tapi tak naik la. Sajo taknak membazir. Duit mahal, so kitorang tengok jela. Bahahaha

Untuk ke Trafalgar Square, kena patah balik ke Big Ben tadi, sebab akan ada simpang ke kiri. Cuba tengok gambar di bawah ni, dan tengok signboard dia dalam gambar saya tu :


Haa nampak tak Trafalgar Square ke kiri. Masuk je simpang tu.


Tengah berjalan tetibe nampak guard berkuda ni.


Punya la jauh nak bergambar gara-gara signboard di belakang "Beware, horses may kick or bite!" Seram pulak nak diri dekat-dekat. Hahaha


Jalan punya jalan, tadaaa, dah nampak dah Trafalgar Square. Lambang dia, tiang yang tinggi tula.


Di bawah tiang ni ada 4 ekor singa. So menjadi ikon la, kalau orang datang Trafalgar Square, akan ambil gambar dengan singa-singa ni. Tapi for me, macam emm hambar sikit la Trafalgar Square ni sebab memang takde apa pun. Hahaha. Maybe sebab masa kecik dah lepak sini so rasa tak heran sangat.


Lepak kejap di Trafalgar Square sebab dah penat berjalan. Hahaha. 


Tengah lepak-lepak, tetiba nampak dari jauh, eh apa benda atas patung tu.


Bahaha ada topi la untuk patung ni. Hehehe comel je. Pandai burung tu landing. Sebenarnya, itu je tarikan di London yang tak perlu bayar. Macam Madam Taussuds tu, London Dungeon semua tu, nanti lah next time bila dah berduit datang lagi. Hihi

Sekarang ni misi utama kita ialah, SHOPPING! Ye, kalau datang London, tak sah kalau tak pergi Primark atau Marks and Spencers sebab tu memang jenama UK dan murah kalau beli kat sana. 


Tengah berjalan-jalan, tetiba terjumpa ni. Saya dah la fanatik Harry Potter. Meroyan jap time tu. Hahaha


Lepas dah meroyan tengok Harry Potter, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Primark. Oh ye, sila tumpang Wi Fi mana-mana kedai untuk dapatkan location Primark k. Cari je Primark Oxford Street, sebab Primark ni besar gila.



Shopping kt sini sampai malam. Kat sini barang-barang dia sangat murah la. Lipstick ada serendah £1. Syurga make up weh. Hahahaha



Lepas dah shopping tu, kitorang pun meneruskan perjalanan dan berjalan di sekitar tu.


Ada kedai souvenir murah berdekatan dengan Primark. Bolehlah beli kalau berminat. Tapi sebab dia cakap closing down sale. So tak taulah time korang gi ada lagi ke tak. Ke banner tu acah-acah je tu untuk menarik orang datang. Hahahaha



Ada satu tempat ni famous juga, nama dia Marble Arch. Tempat shopping juga. 


Marble Arch

Pastu kitorang pergi Hard Rock Cafe. Type location and jalan je. Sonang. Tapi gambar kat Hard Rock tak amik, sebab Hard Rock dia hambar. Hahaha. Balik tu balik terus tidur. Penat weh jalan seharian.

Keesokan harinya, ada lagi separuh hari di London, so jalan dekat-dekat je. Macam malas nak berjalan sebab dah tengok semuanya semalam. Hahaha So kita packing jela, flight pukul 3 petang nanti.

Dari Seven Sisters tu, saya topup lagi £5 dan ke Southend airport pulak. Harga tiket ke airport £15.40. Pengsan wehhh mahal gila. So kena sediakan duit yang mencukupi la untuk transport di London je. Southend tu another domestic airport la. Macam Subang.


Seven Sisters ---> Tottenham Hale ---> Southend Victoria (Southend airport)


Sebenarnya kan beli tiket one way dari Tottenham Hale ke Southend Victoria, so sepatutnya, takleh la nak exit keluar mana-mana station. Tapi kawan cakap Stradford tu ada shopping mall. Oh tergugat imanku. 


Dah sampai di Stradford, kitorang pergi je kat abang jaga tempat tiket tu, cakap boleh tak kalau nak tengok mall jap. 15 minit je. Pastu dia cakap boleh kalau selagi dia ada situ. Tapi kalau dia dah takde kira burn la tiket. Sebab yela tiket one way dari Tottenham hale kan. So kalau exit Stradford, mana boleh masuk dah. Cmtu la. So kitorang keluar je and tepat 15 minit, masuk balik. Nasib orang yg sama jaga. Hahahaha



Sekitar Stradford



Singgah sini sebab nak borong ni je weh. Hahahaa. Murah je. 53p satu. Tapi paling sedap of course lah jenama Mc Vities. Tapi tu mahal sikit la £1.50Okay dah time to go to the airport. Hahaha



Menunggu train ke Southend


Dah sampai train station Southend


Sampai je, ikut je dia punya sign ke airport tu.
Kena naik lif untuk ke airport sebab dia hubung ke tingkat lain


So nanti akan nampak macam nila. Seberang sana tu ialah train station tadi

Kali ni kitorang akan menaiki penerbangan EasyJet dari London ke Paris. Bila sampai je airport, officer dia suruh kitorang masukkan bag ke dalam bekas yang disediakan. Kalau tak muat, (sebab lebih muatan la senang cerita) kena bayar £44 di counter. 

Satu lagi yang lawak tentang Easyjet ni, dia cuma bagi 1 je hand carry, dan maksud dia by 1 hand carry tu,  handbag, dan segala bag kedua ketiga yang kecil-kecil pon tak boleh okay! Gila hahahahaha. So nak taknak, handbag pun kena sumbatkan dalam luggage / backpack korang tu. Memang dia nak tengok 1 je bag. Siapa tah buat rules macam tu, sangat tak berhati perut.


Semasa nak boarding pun, dia akan check lagi okay samada bag korang muat ke tak dan berapa banyak bag korang bawak tu! Jadi saya cadangkan, korang bawa je bag backpack tu, paling maximum pun 45L + 10L la dan jangan lebih! Sebab kawan terpaksa check in bag dia sebab bag dia 60L, dan tak muat tempat tu. Agak strict jugaklah, nasib Air Asia tak strict nak kena cek bagai.

Review EasyJet :

- Sangat strict
- Tak boleh ada lebih dari 1 bag, even handbag pun tak boleh
- Bag mesti muat ke dalam ruangan yang disediakan tu
- Kalau lebih bag atau tak muat, kena bayar £44



Jadi inilah penerbangan yang strict sangat tu, EasyJet. Memang low cost airline la, so nak taknak kena terima sahaja. Haha.



Goodbye London. Till we meet again :)




⚜️TOTAL BAJET DI LONDON, UK

Take stansted airport train to tottenham hale for £22 return. One way it will be £15.90

Oyster £5, topup £5, and again £5
Cant refund less 3 days

Take tube from seven sisters tottenhamhale. Buy ticket to southend airport for £15.40. 

£46.30 = RM 255


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :


Related Post

1 comments

  1. Primark ni banyak made in china.
    Thn lps 2 Kali saya dn rakan2 ke london, Amsterdam dan belgium.
    2 Kali kami masuk primark mei dan Oct tp tak beli apa2 krna bnyk barang2 made in china

    ReplyDelete